Friday, April 20, 2012

SETELAH TIGA HARI.....

Setelah tiga hari kena bangun awal pagi, arini leh bangun seperti biasa semula..
Setelah tiga hari bergegas-gegas bersiap di pagi hari, arini bersiap dalam keadaan sambil lewa..
Setelah tiga hari mendukung kakak yang masih tidor, arini kakak dah bangun dan jalan sendiri masuk kereta..
Setelah tiga hari lepas anta bebudak ke umah makdah, terpaksa pecut kete lelaju, arini leh bawak kete relax2 je..
Setelah tiga hari disimpang itu aku ke kanan, arini aku kembali membelok ke kiri..
Setelah tiga hari berebut-rebut parking, arini kembali berjiran ngan si putih altis itu..
Setelah tiga hari mengadap muka baru, arini kembali tersenyum bersama mereka diopis..
Setelah tiga hari dok mengurus dengan setianya disana, arini kembali bersibukan di bilik ini..
Setelah tiga hari makan minum sume disediakan, arini kembali pepandai mencari makan..
Setelah tiga hari melalui jalan ladang rumput yang indah itu, arini kembali melalui laluan berbangunan sahaja..
Setelah tiga hari dok dengar perkataan SPR itu, arini kembali mendengar perkataan OSC..

DAN SETELAH TIGA HARI ITULAH.....
yang pada asalnya saya dipaksa terima, kini saya terima dengan sepenuh keikhlasan dan kerelaan..
yang pada asalnya tiada langsung minat saya, kini minat itu mula bercambah dihati..
yang pada asalnya saya anggap diluar tanggungjawab saya, kini saya pikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah..
yang pada asalnya membuat saya menangis, kini ia menjadikan saya semakin kuat dan tabah..
yang pada asalnya saya terima dengan hati berdarah, kini saya terima dengan hati yang terbuka..
yang pada asalnya saya rasa tidak mampu untuk melakukannya, kini sedang saya lalui semampunya..
yang pada asalnya saya takut untuk tempuhi, kini sedang saya tempuhi sedikit demi sedikit..
yang pada asalnya tidak saya endahkan perlantikan itu, kini saya sedar ia amanahMU..

Ya Allah Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menyayangi..Aku terima amanahmu ini dengan keterbukaan hati, KAU permudahkanlah setiap urusan aku Ya Allah, KAU berikanlah kefahaman yang tinggi buatku Ya Allah, KAU bimbinglah aku di dalam setiap langkahku Ya Allah, KAU bantulah aku dalam setiap kebuntuanku Ya Allah, KAU jadikanlah setiap sesuatu yang aku lakukakan ini sebagai satu ibadah Ya Allah.. Laillahaillaantasubhanakainniquntuminazzolimin....

1 comment:

Myluv - Syl said...

err.. ko gi mana weh.. cam teruk je bunyinye.