Thursday, June 26, 2014

Izzah is '1"

Alhamdulillah... Setahun sudah permata hati ketiga ummi dan abi ni.. hadirmu meneman ummi tatkala berjauhan dari abi, kakak dan abang. Kamu yang kuat..yang sama-sama dengan ummi berulang dari KL ke JB.. yang bersama-sama ummi turun naik flight kejap ke Penang, kejap ke Terengganu....lasak secara luarannya...namun terpaksa cekal dalamannya dek berjauhan dari abi, kakak dan abang. Syukur ada tok mama, atuk dan ciksu tempat kita menumpang manja.. Rezekimu barangkali, abi dapat kerja baru di KL..syukur, syukur yang amat sangat..akhirnya..setelah hampir 5 tahun ummi dan abi tidak duduk sebumbung seperti pasangan suami isteri yang lain, Allah beri kesempatan itu buat kami. Ya, ummi yakin, percaturan Allah itu pasti ada hikmahnya. Abi dapat kerja baru di KL, dapatlah kita duduk bersama semuanya. 


Kamu sungguh tidak banyak ragam, di awal kejadianmu, ummi agak mabuk, tidak lalu makan, tidak lalu bau itu dan ini, namun kamu gagah, gagah berjuang bersama ummi..alhamdulillah, kali pertama kandungan ummi yang tiada masalah bleeding. Masa kakak dan abang dulu, ummi bleeding sampai bulan kelima kandungan, makanya, tiap saat dan ketika kamu di dalam rahim ummi, ummi amat risaukan keselamatan dan kesihatan kamu. Buat buku merah di Masai, nak sambung di Tanglin jadi isu besar, makanya ummi menjadi sedikit nakal, check up agak jarang2...kecuali bila balik ke JB, baru g buat check up di klinik private. Lalu keputusan dibuat, ummi mahu melahirkan kamu di PPUM, mudah, dekat dengan rumah kita dan dekat dengan atok, boleh lah atok datang tengok. Ummi ke PPUM, ambik appointment dan syukur, semua check up kamu sejak 8 bulan di PPUM. 

Kita berpindah ke rumah sendiri saat kamu telah berusia 36 minggu di dalam kandungan. aduh anak...peritnya, lesunya badan ummi tatkala membersihkan rumah kita.. Alhamdulillah, kamu kuat..kuat bersama-sama ummi. Kita berpindah dari rumah JB ke rumah comel di KL ini. Kesian kamu, tidak punya kesempatan untuk tinggal di teratak itu...Mungkin rezeki kamu untuk jadi anak Key Ell..hehehe.. Kamu kian membesar di dalam rahim Ummi. Tarikh kamu dijangka lahir ialah pada 27 Jun 2013.Ya, ummi tidak mengambil cuti awal, kerana mahu menghabiskan sepenuhnya 90hari bersama kamu. 27 itu, ummi ke PPUM untuk regular check-up, namun, tiada sebarang tanda-tanda mahu bersalin. Tapi petang itu, sudah ada tanda, turun darah. Lalu pada abi, ummi khabarkan..agar segera pulang. tapi tidak pula terus-terusan ke PPUM. abi pulang, mandi, makan, solat maghrib dan isya'..baru la kami ke hospital. Meninggalkan kakak dan abang bersama maksu, demi memperjuangkan kelahiranmu. Wahh sebak sungguh rasa ummi menginggalkan kakak dan abangmu, namun tidak sabar juga rasanya bertemu denganmu. 

Malam itu terus ke Labour Room, kata Dr baru 3cm, lalu ummi di tolak ke wad. Malam terakhir kamu di dalam rahim ummi, kita bersama-sama tido di wad itu..Hmm, malam itu, sudah mula kesakitan..Contraction, sendirian ummi menahannya. Sehinggalah ke hari esok, dari pagi membawa ke petang contraction itu semakin kerap dan sakit. Sudahnya jam 3.15 ummi di tolak masuk ke LR. Dan setelah berjuang, alhamdulillah anakanda, kamu selamat ummi lahirkan secara normal jam 4.07 petang jumaat yang berkah itu. 28 Jun 2013.. wah..adil sungguh kamu, mengambil 2 sama dengan abang izzul di awalnya, dan 8 dihujungnya, sama macam kakak.


Ini kamu sayang, di hari pertama kelahiranmu


 Terima kasih Allah, atas pinjamanMU nan satu ini. Nurizzah Fatimah, semoga kamu menjadi anak syurga yang berguna di dunia untuk agama, bangsa dan negara. Moga kamu menjadi anak solehah yang mampu membahgiakan ummi dan abi. Ummi, abi, kakak n abang sayang Izzah kerana Allah.


Ini juga kamu, seminggu sebelum genap umurmu setahun
p/s : terupdate awal, sebab esok meeting seharian, sabtu kompom tak dan... selamat menyambut ramadhan yang bakal tiba. Moga kita dapat memperbaiki dna meningkatkan ibadah kita tahun ini. Moga dipanjangkan umur untuk menyambut ramadhan ini.