Wednesday, November 25, 2015

WE TURNS 8 :O)

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah, hari ini ulangtahun perkahwinan kami ke 8. Teringat pesan kak Yasmin di KGV dulu, tahun 1-5 perkahwinan adalah tahun memulakan kehidupan, mencari keserasian, tahun mengenali hati budi masing. Tahun 6-10, tahun untuk menapak, memperkukuhkan keluarga, tahun 11-15 untuk menstabilkan rumahtangga, dalam segala aspek terutamanya ekonomi (bagi pasangan yang macam kitorang la, baru keje setahun dua dah nak kawin) dan kematangan keluarga (pon macam kitorang gak, yang umor beza setahun dua ni je).

So kami di fasa kedua. 5-10 years. Banyak yang kami dah lalui sepanjang 8 tahun perkahwinan ni. Kami pernah duduk berjauhan hampir 5 tahun pertama perkahwinan..dari berdua, sampai anak 2..masa tu saya di Kluang, enchek suami di Pasir Gudang. Pastu saya ke KL, suami dan anak2 di PG. Kemudian kembali bersatu di KL. Ye, financially, kami jadi macam orang baru kawin masa mula-mula duduk serumah. Rezeki pulak dengan bertambah sorang lagi ahli keluarga. Alhamdulillah, walaupun sarat kebocoran poket kami, rezeki itu sentiasa mencukupi. 

Nebes tak hengat woo masa ni...

Semalam saya bersembang dengan anak-anak, "esok anniversary ummi ngan abi tau".. "apa tu ummi, kakak tak faham".. ala, kalo birthday kakak tu, ulang tahun kelahiran, anniversary ni macam ulang tahun perkahwinan ummi dengan abi la'.. "nanti bila korang dah keje, masa anniversary ni, belanja la ummi ngan abi pergi jenjalan ke, belanja kitorang makan ke, belikan rumah ada swimming pool ke, belikan kereta ke".. "eh, korang kan ada duit sendiri, beli la semua sendiri!" haa, hambek, kene tembak ngan kakak. Alah, gurau pon tak boleh kakak ni tau! Eh..tak gurau la, ummi serius. tak kira, korang kena celebrate jugak anniversary ummi ngan abi... Kalo takde anniversary ni, mana ada korang tau!

Alhamdulillah, 8 tahun perkahwinan, bertemankan 3 orang permata hati ; Nuruzma Khadijah, Muhammad Izzulmulhim dan Nurizzah Fatimah..tambah 3 lagi zuriat yang tak sempat ummi lahirkan. kalo ada semua, dah 6 orang anak :O) takpe, Allah pasti akan berikan yang lebih baik buat kami. 

Happy Anniversary Sayang. Semoga keluarga kita sentiasa dalam Rahmat dan Redha Ilahi. Semoga kita semua bersatu hingga ke Jannah dengan penuh kasih sayang yang tidak mengatasi kasih dan sayang kita terhadap Allah dan RasulNya. 



alololo...nak posing pon segan weh...

Saturday, October 03, 2015

I'M AFRAID OF BEING 34 :O(

Assalammualaikum.
Bismillahirahhmanirrahim.

Alhamdulillah. 3 Oktober 2015, genap usia saya 34 tahun. 34 dipinjamkan nyawa kepada jasad ini. Syukur, terima kasih mak dan abah kerana lahirkan ida ke dunia ini. Menjangkau ke usia 34 tahun, alhamdulillah, bonda masih bersama saya. Abah telah pergi meninggalkan saya tahun lalu. 5 oktober adalah harijadi abah. Ye, kata mak, saya adalah hadiah harijadi dari mak buat abah seumur hidupnya. 

Alhamdulillah. Saya mempunyai seorang suami yang telah berusia 35 tahun genap seminggu yang lalu. Serta Nuruzma Khadijah, Muhammad Izzulmulhim dan Nurizzah Fatimah yang menemani kehidupan saya kini. Syukur tidak terhingga dengan kesemua nikmat yang Allah pinjamkan buat saya ini.

Alhamdulillah. Saya masih bekerja sebagai seorang penjawat awam di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, yang langsung tidak pernah tersenarai di dalam senarai cita-cita saya di zaman bersekolah. Semoga adanya saya di dalam bidang ini dapat memanfaatkan orang lain. Saya dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik.

34 tahun usia saya. Adakah umur saya telah saya gunakan dengan sebaiknya? Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan salah silap saya sepanjang kehidupan saya ini. Saya pernah melalui zaman-zaman kejahilan suatu ketika dahulu. Semoga Allah berikan kesempatan untuk saya terus dan terus memperbaiki diri saya sebelum saya kembali menghadapNYA. Semoga Allah beri kesempatan buat saya mendidik anak-anak saya agar mereka membesar dengan benar-benar erti ISLAM. 

Kesempatan menghadiri majlis-majlis ilmu telah banyak membuka mata dan minda saya. Malahan banyak memberi kesedaran demi kesedaran buat diri saya. Betapa saya telah alpa dalam kehidupan saya selama ini. BANYAK!!!!!

Semoga angka 34 ini membawa saya berubah ke suatu paradigma yang berbeza. Semoga Allah titipkan rahmat dan redhaNYA buat saya terus menerus mendekatiNYA, semoga saya terus istiqomah demi menjadi seorang muslimah, seorang anak dan seorang ibu yang baik dalam kehidupan sehari saya. Semoga saat Izrail mencabut nyawa saya, saya berada dalam keimanan yang paling tinggi kepadaNYA, semoga saya dapat mengakhiri kehidupan saya dengan husnul khatimah. 

Ya Allah, kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi sejak aku kecil. Ya Allah Kau lindungi dan rahmatilah kami sekeluarga. Jangan Kau bolak balikkan hati kami dariMU. 

Thursday, September 17, 2015

Cukuplah bagiku - The Muhibbain feat Lah Ahmad

Kebelakangan ni, lagu ini bagai mencuit-cuit hati saya. Mulanya tengok video klip kat Oasis, lepas tu saya cari lagu ni. Nah, liriknya syahdu sangat..

Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang kau tahu
Dari segala inginku

Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang kau tahu
Dari segala pintaku

Kau memiliki diriku
Akulah hamba-Mu
Dan itu kebanggaanku

Aku masih tetap ada di pintu-Mu
Tak ku jemu tak ku lelah tuk menunggu
Kerna segalanya aku sangat inginkan rahmat-Mu
Ku yakin Kau tahu dan itu cukuplah bagiku

Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang kau tahu
Dari segalanya aku

Kau memiliki diriku
Akulah hamba-Mu

Dan itu kebanggaanku

Oh Tuhanku
Pintaku hanya pada-Mu

Aku masih tetap ada di pintu-Mu
Tak ku jemu tak ku lelah tuk menunggu
Kerna segalanya aku sangat inginkan rahmat-Mu
Ku yakin Kau tahu dan itu cukup bagiku

Bantulah aku melangkah untuk mendekati-Mu
Selalu tanpa jemu tanpa lelah cinta-Mu
Kerna segalanya aku ingin selalu bersama-Mu
Ku yakin kau tahu dan itu cukuplah bagiku

Tuesday, September 08, 2015

6-4-2 Fruitheart Of Us


Mari mencuri waktu lunch yang tak keluar lunch ni untuk update blog yang dah bersawang. Lamanya tak update apa-apa cerita dalam blog ni. Dalam banyak-banyak cerita rasanya update yang ni dulu. Nak cerita pasal birthday celebration anak2 untuk tahun ni. Birthday abang Izzul 25 Februari lepas. Masa tu cuti kat Kuantan untuk teman wan g check-up kat hospital, so dah beli dah kek ultraman masa tu. Birthday Izzah 28 Jun, bulan puasa, makanya ummi cuma singgah beli 3 slice kek kat SR je. Satu Izzah dah makan masa sampai rumah petang tu, lagi 2 simpan untuk kakak, ummi, abi n maksu makan masa berbuka.

Birthday kakak pulak 18 Ogos, kene hari sekolah dan bukan bulan puasa. Makanya as per promise, kenelah tempah kek untuk TIGA-TIGA ORANG hokey... tapi deal, hanya kek ye anak2 sebab ummi dah sebulan lebih tidak bergaji. Kek pon uwan sponsor haaa. Mencari dan terus mencari, kat mana nak tempah kek ni. Tanya sana sini. Ada tanya kat satu number ni, dok tengok kat ig kek dia sedap2..so, cuba la nak order, tapi baru jawab sekali, pastu bila dia tanya nak bila, kita jawab, dia diam. So ummi buat kesimpulan, dia sibuk kot hari tu. Malas nak pening-pening kepala. Kenapa ummi tak g cari kek kat kedai biasa? 1. sebab dekat2 area rumah takde kedai kek biasa kecuali SR, 2. sebab permintaan anak-anak nak berbagai2 gambar. Finally ummi tanya cik yus, sepupu dia buat lagi tak kek? Bila dia dah tanya cuzin dia jawapannya ialah YES, but only bake during weekend. So, ummi pon balik kautim dengan kakak, boleh tak celebrate awal sehari birthday kakak. Aunty tu buat kek hujung minggu je. 

Kakak dapat 2 set diari berkunci as her wished, tok mama n ciksu bagi yang frozen, ummi bagi yang big heroes, pastu aunty ann lak bagi colouring set frozen. Suka bukan main la kan. Ahad malam kek sampai, ummi n maksu turun ambik terus hantar g sekolah. Princess for kakak, Ultraman Max for abang Izzul n Frozen for Izzah. Bila kawan-kawan saya tanya, memang kene order 3 ke widy? Jawapannya ye, kalo tak sebijik kek tu hancur diorang nak potong bertiga. Sebetulnya takut 1 biji kek tak cukup untuk anak-anak di taska, so apa salahnya kan, order 3 terus, anak-anak taska dapat makan, anak-anak saya pon gembira dapat potong kek sorang sebijik, ummi tumpang gembira sebab uwan belanja :O) 

Dear Nuruzma Khadijah, cahaya terbaik kesayangan ummi dan abi,  Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 6. Macam tak percaya, anak ummi dah nak darjah 1 tahun depan. Kakak yang solehah, alhamdulillah, moga istiqomahmu dalam menunaikan solat terpelihara sehingga kamu kembali menemu sang pencipta. Semoga kakak akan sentiasa memelihara diri kakak dalam keimanan yang paling tinggi terhadapNYA. Semoga kakak sentiasa menjadi contoh dan dapat membimbing aidk-adik ke jalan yang diredhai. 
My 6 years Nuruzma Khadijah
 Muhammad Izzulmulhim, wahai sumber inspirasi ummi dan abi, 4 tahun dah abang ada dalam keluarga kita. Abang Izzul, besar harapan ummi agar suatu ketika nanti abang dapat mengimamkan dan menguruskan sendiri jenazah ummi dan abi. Sayang, tanggungjawabmu amat besar, suatu hari nanti abang akan memimpin keluarga abang, abang masih bertanggungjawab pada ummi dan abi. Kakak dan Izzah juga memerlukan abang. Oleh itu wahai anakanda, Ummi doakan abang Izzul agar menjadi anak yang soleh, yang menjaga solatmu, menjadi imanmu, menjadi dirimu agar menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. 
My 4 years Muhammad Izzulmulhim
Wahai si comel 2 tahun kesayang ummi dan abi, Nurizzah Fatimah cahaya kekuatan. Membesarlah kamu bersama abang dan kakakmu, kasihilah mereka secukupnya, kerana andai perginya ummi dan abi suatu hari nanti, pada merekalah tempat kamu bergantung harap. Izzah, berjalanlah kamu dimuka bumi Allah yang luas ini dengan penuh ketakwaan diri. Peliharalah solat dan iman di dalam dadamu agar terpelihara dirimu juga. Semoga Izzah akan menjadi hamba yang sentiasa Ingat dan Patuh segala suruhanNYa dan tinggallah segala laranganNYA.
My 2 years Nurizzah Fatimah
Wahai Uzma, Izzul dan Izzah, ketahuilah oleh kamu, kegembiraan kamu kebahagiaan ummi dan abi. Kesedihan kamu kedukaan ummi dan abi. Membesarkan kamu bertiga di alaf moden ini sungguh mencabar dan menakutkan ummi sayang. Ummi tidak minta kejayaan menjulang nama ke sana sini, bukan 8A atau 10A, buka 4 flat yang ummi mahukan. Ummi hanya minta..kakak dan izzah, peliharalah auratmua, agar tidak kau campakkan abi dan abang izzul ke neraka kerana tidak mampu memelihara auratmu juga. Buat kesemua kamu, peliharalah solat agar berat neracamu bila ditimbang di hari perhitungan kelak. Tuntutlah ilmu agama sepenuh hatimu, pasti ilmu dunia juga akan menghampirimu. Ingatlah oleh kamu bertiga, dunia ini adalah tempat persinggahan semata-mata sebelum kita  kembali ke perkampungan yang kekal abadi kelak. Beramal dan beribadahlah kamu nak, agar kita semua kembali bersatu di dalam syurga kelak. 

Ummi dan Abi akan sentiasa mendoakan segala yang baik-baik buat kamu semua sehingga ke akhir hayat kami. Semoga kakak Uzma, abang Izzul dan Izzah akan menjadi anak yang soleh dan solehah, yang beriman kepada 6 rukun iman, yang hidup atas kelima-lima rukun islam. Ummi dan abi sayang korang semua kerana Allah. 

Wednesday, August 12, 2015

-Terbiar Sepi-

Lama..
Menyepi..
Bukan takde story..
Banyak cerita ceriti nak dikongsi..
Tak punya kesempatan dan kelapangan..
Nanti kita kongsi eh...
Sikit-sikit pon jadilah..
Asal blog tak terbiar sendiri...


-p/s : bz pulun siapkan report ipoh..dah ada bos baru...semangat sket nak buat kerja :O)

Monday, February 16, 2015

Throwback Langkawi Trip - Part 1

Cuti Xmas last year, sekolah anak-anak cuti..abi ajak balik kampung..ummi kata ok, tapi dengan syarat..ummi nak bawak anak2 jalan ke Langkawi. So, ummi pon mulakan operasi mencari tempat penginapan. Tq group on.. ummi dapat apartment 2 bilik kat simfoni resort..satu malam RM 155. Pastu beli tiket Wildlife Park dapat RM 15 sorang. Kitorang gerak dari KL malam rabu, pastu pagi sampai bukit kechik..tido dulu..pas zuhur kitorang gerak ke Kuala Perlis. Nak g langkawi after almost 14 years tak jejak kaki ke sana.. Anak2 pon sume 1st time ke Langkawi n first time naik feri. Kitorang naik feri 4.30 petang. 

Baru sampai Jeti Kuala Perlis
Dapat duduk sederet macam ni.. maksu duk kerusi sebelah ummi.. tapi terpisha dek laluan.. perjalanan feri 1 jam setengah..pastu sampai terus ambik teksi ke Simfoni Resort..
Dalam feri... here we come Langkawi

Dalam Teksi nak g Hotel
Alhamdulillah, dapat apartment best kat Simfoni Resort ni.. hall luas, dapur luas, bilik luas..tapi basic semata-mata la..takde sabun shampoo milo ke apa sume takde.. kitorang tido dalam bilik yang ada katil queen, ngan tambah satu tilam single..maksu dok kat bilik single. bawah ni gambar orang ngamuk nangis sebab terkunci diri sendiri kat dalam bilik ummi. Memang lawak.. sebabnya memula dia dok seronok cakap "ummi, saya pandai kunci pintu ni sendiri"...tuptup nak bukak tak reti..haa yang kitorang kat luar ni bergelak ketawa mengajar dia soh bukak sendiri. Haaa..tu la kesannya bila suka sangat mencuba.
Ni baru lepas nangis, terkunci sorang2 dalam bilik

Day 2 : dah siap nak g jalan

Tempat tido 2 malam kami
Kitorang dapat sewa avanza.. Encik suami deal ngan schoolmate dia dulu. Jadilah, selesa untuk kami berenam..Ok. hari Khamis first target g naik cable car. sebabnya sume orang dok sibuk bercerita, rugi ke langkawi kalo tak naik cable car..walaupun hakikatnya saya adalah acrophobia..ye gayat tinggi yang amat sangat. sedangkan bangunan sekolah tingkat 3 pon saya dah tak tengok bawah..naik cable car genting pon genggam tangan yus sampai kebas...ini pulak nak naik cable car langkawi kan kan...tapi disebabkan menyahut kata kengkawan..kalo ke langkawi tak naik cable car, adalah super rugi..hokey...lets go.. sampai kat Oriental Village tu, masya allah, manusia punya lah ramai. Abi hampir give up ajak ke tempat lain, tapi ummi gagah bertahan gak beratur beli tiket. Alhamdulillah, masa tu dapat tiket W so, orang tu kata maybe dalam kul 2.30 baru dapat naik. so, kitorang lunch sesiap, pastu baru g naik. Masa masuk atas tempat nak naik tu, dapat masuk dianya macam show pasal angkasa ni, anak2 excited la sebab rasa macam tengok wayang. pastu kitorang naik cable car, stop dekat middle station ngan top station. Sejuk tempat dia.. Sungguh, tak menyesal naik.. dapat pengalaman yang sangat best. dapat tengok pemandangan yang sangat lah indah. Tapi, kalo diajak naik sekali lagi...mungkin tak la kot...kata pon acrophobia kannnn...
ni dalam kete sewa

Lunch kat sini je..

Sebelum naik kabel car

spesis pantang jumpa air

my luv n I

Sempat lagi posing kat dinosour

Tengah queue nak naik cable car

Ummi's fear factor

On the way up

Subhanallah, pemandangan indah sangat

Kat 1st stop..

gambar maksu limited

Cantikkan?

Suka la dapat teropong sorang satu

Abi mithali dukung sleeping beauty

Good

Us..in cable car
Turun dari cable car tu, maksu belanja ice cream sorang satu. Haa, puaslah sume orang termasuk ummi dan abi,..hehehe... pastu penuhi wish kakak.. dapat naik kuda..tapi dia nak naik kuda yang abi ngan abang izzul naik tu, tapi bukan rezeki kakak...ummi, maksu ngan izzah naik kereta kuda..tapi takde gambar...
Upah makan ice cream pas turun dari cable car

Her wish comes true..

Abi n abang izzul pon naik
Pas selesai segala urusan kat Oriental Village, kitorang ke Pantai Chenang.. Ummi nak jumpa classmate dari Perak membawa ke Shah Alam..Syaiful Iswady n family.. Mira ada bukak stall kat Pantai Chenang.. so ke sana pulak kami. And as usual, anak2 saya dengan air, teramatlah sukanya.. haa tengoklah, yang daripada nak basuh kaki sudahnya berendam satu badan. Alhamdulillah, dapat jugak jumpa member yang dah 7 8 tahun gak tak jumpa..last jumpa masa kitorang nya wedding. 2007.. 

Kat Pantai Chenang

Kalo namanya anak2 jumpa air...

Ni la penyudahnya

Jumpa member lama...wady n family...

Malam sudahhhh

ok..nanti sambung part 2 lak...




Thursday, February 12, 2015

Mom's MPSI Reunion 31-01-15

Bismillahirrahmanirrahim..
Nak share cite ni plak arini...
wah...rajin plak menhapdate blog kan...
ni tandanya tengah blank untuk membuat kerja...

Ok. saya memang dah diberitahu pasal reunion mak ni awal lagi. Please bear in mind..we share every single things together.. dah tu kata bespren since day 1 kan.. Yer, saya takde adik beradik..mak pon takde adik beradik...makanya attachment saya dan bonda adalah superduper erat ok...

Masa balik kuantan teman mak ke wad tu lg mak dah bagitau, dia dah masuk nama untuk join the reunion..cumanya masa tu tak sure la akan g atau tidak...tuptup mak nak g jugak...so, agak terkejut gak la saya n hubby..sebabnya baru seminggu lepas masuk ot, mak pon not so sihat, but she insist to go *now i know where kakak uzma got the stubborn.

Makanya, ari jumaat 30hb tu, ashraf datang hantar mak ke KL.. Tq you ashraf.. kalo x taktau la kak ida macamana nak adjust.. Setelah mendapat keizinan dan kelulusan incik suami untuk hantar dan temankan mak ke UPSI, so here's the plan..mak dan abah ke temerloh, ashraf hantar mak ke kl..kita bawak mak g tanjung malin, pastu anta mak balik kuantan (yang sampai arini masih lom anta2 lagi..heheh..saya suke saya suke).. 



mr.krie's sweetheart

1st picture

sementara tunggu wan

my family

e eh...

kek kak ngah yang super sedap...
 Alhamdulillah, we managed to bring n accompanied mak during the reunion. Happy tidak terkata bonda saya..maukan tidak..its after 35 years hokey... best betul reunion diorang... commitee yang efisyen..preparation dasyat. diorang buat kat UPSI..siap round satu upsi mengimbau kenangan gitu... kitorang je yang ada teman mak, orang lain datang single mingle gitu..dah tu..sapa lak nak tolak wheelchair mak kan...

kat meja makan ni



ni masa life sharing session

sebelum balik


  pastu kitorang tido satu malam kat homestay kota malim.. esoknya balik dengan tempoh masa 9 jam perjalanan..hahahaambek...nak sangat lalu jalan lama..kalo ikut hiway, 9 jam tu dah sampai sungai petani siap tido baring dah..sempat la g round proton city..tapi me, still x dapat jumpa tempat anak kak katie berposing tu...frust betul... rupanya balik tu, bila cite kak katie kata kat belah2 dalam masjid yang kitorang cuma tengok dari jauh tu je....jadilah...as long as mak happy, i am happy too...


Sempat la g merayap kat sini...

Tuesday, February 10, 2015

Me n Mom : 3 Days 2 Nite @ HTAA




Ni kekdahnya hysteroscopy tu...Tq incik google 

As per promise. Nak cerita pasal hysteroscopy. Ok..sampai ke saat menaip ni pon still me cannot pronounce this word properly. Ok, kisahnya bermula bila mak bleeding somewhere in Disember. Sedang mak duduk di katil, tiba-tiba bila bangun, ada darah di atas tilam. then ada stain..jadi dalam masa 2 minggu jugak, then stop...So, mak ke Klinik Outpatient. Bila kesana, untuk pemeriksaan detail, perlu naik ke tingkat atas, yang mana tidak berlif, makanya tidak membolehkan mak dalam keadaan berwheel chair sekarang. Ok, kenapa mak on wheelchair? sebab 1, sakit lutut (ni doc soh buat total knee replacement, mak taknak)..sebab 2, gout (yang effectnya kadang2 merata badan). So kesan keduanya menyebabkan kaki dan badan mak sakit dan membataskan pergerakan mak. So, mak mintak refer gynea HTAA. 

1st visit to gynea. Dr buat papsmear n scan. Sume keputusan normal. Lepas tu, dr nak ambik tisu di dinding rahim untuk tgk kalau ada apa2 yang tak ok di dalam rahim dan sebetulnya nak cari dari mana datangnya punca bleeding tu, tapi pintu rahim tidak boleh terbuka langsung. Makanya dr pon bagi suggestion kena masuk  OT untuk buat prosedur ni. Kaedahnya, akan dibius, mungkin separuh or mungkin penuh. So, Dr bagi next appointment dengan pakar bius. Semasa kejadian ini semua berlaku, saya hanya diupdate dan mengikuti perkembangan bonda secara terus melalui phone. Dengan anak-anak yang kurang baik kesihatannya, membataskan pergerakan saya untuk pulang ke Kuantan.

So, bila dah jumpa Anest..mak diberi penerangan jelas tentang risiko-risiko bius..kata anest mungkin full bius, atas faktor berat badan mak. So, dah tetap tarikh untuk mak masuk OT. 


Ni kekdahnya spinal..tq again incik google
So, sehari sebelum mak ke OT, saya pulang ke Kuantan, terpaksa meninggalkan Izzah yang demam pada maksu dan abi. Coz ummi takde pilihan. Bonda only have me, and so do I.. Saya pulang untuk teman bonda ke hospital. Anak2 semua tinggal di KL. saya pulang naik bas..fuhhh gentar woo lelama tak naik bas ni... Khamis mak masuk wad, Jumaat buat prosedur ni, and sabtu dah keluar wad. 

Di hari kejadian, ye, saya sangat risau, pasti bonda lebih risau kerana ini kali pertama bonda masuk ke OT. dan kali pertama juga untuk saya menunggu seseorang di luar OT sendirian. ada abah dan tiqah..sendirian means without my hubby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masa prosedur, dr kata ada nampak macam ketumbuhan kecil2 di tepi dinding rahim. So, we are still waiting for the lab results. Doakan bonda saya tiada apa2 ya semua. 

Alhamdulillah..sepanjang di HTAA wad 2B..nurse sume baik2, dr pon baik2 sweet2, handsome2.. syukur saya punya peluang untuk menjaga bonda. moga terus dipinjamkan kesihatan buat saya menjaga bonda dan keluarga saya yang terchenta.