Tuesday, November 29, 2011

Hijrah 1433

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

bila tiba maal hijrah mesti teringat lagu ni..taktau dari tahun bila, tapi lagu ni memang femes...mesti korang pon biasa dengar kan kan? memasang azam di tahun baru hijrah....azam untuk memperbaiki diri sendiri dari segala aspek..moga Allah permudahkan niat saya...moga Allah permudahkan jalan saya....saya mahu jadi yang terbaik buat semua disisi saya.......SALAM MAAL HIJRAH 1433 buat semua pembaca saya...walaupun tak seberapa ramai :O)

No comments: