Thursday, October 19, 2017

Tanda-tanda Hati Menjadi Keras by Ustaz Elyas Ismail

Bismillahirramirrahim

Jazakillah Yana atas perkongsian. Semoga ia bermanfaat buat semua.

Al-Hadid : 16
"Janganlah kamu menjadi seperti kaum yang terdahulu, hati mereka menjadi keras disebabkan telah lama tidak mendengar peringatan"

Sufian As Sauri (maksud sauri ialah lembu jantan - digelar kerana masuk masjid kaki kiri) menyenaraikan 10 tanda org hatinya keras :

1. Berdo' a untuk diri sendiri dan tidak berdo'a untuk orang tua dan kaum muslimin (lidaina - mak, ayah, kita. lidina - mak, ayah, kita, tok, moyang sume). Islam mengajar kite do'a mendo'akan sesama muslim. Dengan mengucapkan tahniah dpt mengikis perasaan dengki. 

2. Dia mmbaca al-quran, pandai tajwid, tetapi dia enggan membaca 100 ayat sehari.

3. Dia masuk ke dalam masjid dan keluar tanpa solat sunat 2 rakaat. Tahiyatul masjid tu menggantikan salam.

4. Melewati kuburan namun tidak mengucapkan salam untuk penghuni kubur. Tidak boleh mendo'akan org kafir.

5. Masuk 1 daerah pada hari Jumaat lalu dia keluar tanpa solat jumaat.

6. Ada ulama' yang turun ke tempatnya, tetapi dia tidak pergi menuntut ilmu. Bencana paling bahaya apabila kita tidak merasa untuk buat kebaikan.

7. 2 orang yang dalam 1 perjalanan, tetapi salah seorangnya tidak menanyakan nama temannya.

8. Dia diundang ke 1 jamuan tetapi dia tidak memenuhi undangan itu. ia merupakan hak muslim sesama muslim.

9. Dia mensia-siakan masa muda tanpa mencari ilmu. Majlis ilmu dihadiri 70 ribu malaikat. Itu menyebabkan sesuatu majlis ilmu itu berkat. Malaikat mendo'akan kita sepanjang kita berada di dalam majlis ilmu itu.

10. Membiarkan jirannya lapar, tidak diberi makan.

Doa Rasulullah Untuk Anas bin Malik

اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَهُ (وَأَطِلْ حَيَاتَهُ، وَاعْفِرْلَهُ


“Ya Allah banyakkan hartanya, banyakkan anaknya, berkati segala yang engkau berikan kepadanya (panjangkan umurnya dan ampunkan dosanya).” (HR. Bukhari dan Muslim)

- Perkongsian Ustaz Elyas di Surau BW, Menara Takaful Malaysia
  28 Muharram 1439, 19.10.2017 -

No comments: