Friday, January 10, 2014

Selamat Datang 2014

Abang Izzul n Kakak Uzma

Abang Izzul n Izzah

Tentatif taska/tadika murni 2014

Bekalan Izzah sejak 6 bulan
Dalam kekalutan menyiapkan kerja yang terlewat...saya terleka dan memandang sepi blog tanpa sebarang entri lagi walau dah mencecah hari ke 10 di tahun2014 ini... tiada juga entri akhir hujung 2013 yang lalu... YA, benar..kesibukan melanda saya...kesibukan mengejar dan menyiapkan kerja...sampai terbawa ke rumah juga kesibukan melayan kerenah anak-anak dan abi mereka....akhirnya berlalu sudah 10 hari di tahun baru tanpa sempat saya mencoret walau sehuruf pon di blog ini.. 

Alhamdulillah, telah selamat ku hantar di atas meja bos laporan yang dinanti-nantikan.. boleh aja jika saya mau memberikan 1001 alasan kelewatan kerja itu, namun, saya memilih untuk telan segala kesilapan dan masalah itu..jadikan sebagai cabaran dan pengajaran buat saya melaksanakan kerja tahun baru ini....makanya..sempat lah curi masa ni nak tulis jap...

Kakak dah masuk kelas 5 tahun, abang izzul dah dapat uniform..kakak dapat tudung..dia pon nak pakai tudung...mujur nak dipakaikan ketayap...dan izzah juga masih di taska yang sama... beban bayarannya sungguh menjerut poket saya...namun, bila tengok kasih sayang cikgu mereka...saya telankan aja walau berpasir tekak ini untuk terima...

Saya dan suami...masih di opis yang sama..masih menyewa di rumah yang sama.. cumanya ikhtiar kami untuk menyewakan rumah di seri alam, untuk mengurangkan kekalutan kewangan kami...bukan tidak cukup, bukan mengeluh kekurangan...cuma hendak mengurangkan beban. pengajaran pertama cuba mencari penyewa akan kami jadikan tauladan agar tidak terkena buat kali kedua.. 

Moga keluarga kami sentiasa di dalam RahmatNYA..Moga Allah limpahkan rezeki mewah dan halal buat kami berduaa agar dapat menjaga dan membina rumahtangga yang menginjak ke tahun ke 7 ini. Semoga sentiasa dalam kasih dan sayang NYA... Semoga terus dipertingkatkan iman kami kepadaNYA. Semoga akan bertambahbaik dalam segala urusan kami pada tahun ini. Moga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun 2013.

1 comment:

Intanaziela said...

ida...iklankan dalam mudah.com, kak yang buat begitu..lepas tu kita select sendiri la yang mana kita rasa ok..biasanya kak yang pilih pasangan yang baru berkahwin baru nak mulakan hidup..kita tolong dia..dan dia tolong kita.. buat agreement, senang nak kira kalau apa2 berlaku.

mahal kan bayaran sekolah anak2...yuran sekolah raisa dah macam yuran belajar ke universiti...pasrah aje la kami ni...hihihih