Tuesday, February 10, 2015

Me n Mom : 3 Days 2 Nite @ HTAA




Ni kekdahnya hysteroscopy tu...Tq incik google 

As per promise. Nak cerita pasal hysteroscopy. Ok..sampai ke saat menaip ni pon still me cannot pronounce this word properly. Ok, kisahnya bermula bila mak bleeding somewhere in Disember. Sedang mak duduk di katil, tiba-tiba bila bangun, ada darah di atas tilam. then ada stain..jadi dalam masa 2 minggu jugak, then stop...So, mak ke Klinik Outpatient. Bila kesana, untuk pemeriksaan detail, perlu naik ke tingkat atas, yang mana tidak berlif, makanya tidak membolehkan mak dalam keadaan berwheel chair sekarang. Ok, kenapa mak on wheelchair? sebab 1, sakit lutut (ni doc soh buat total knee replacement, mak taknak)..sebab 2, gout (yang effectnya kadang2 merata badan). So kesan keduanya menyebabkan kaki dan badan mak sakit dan membataskan pergerakan mak. So, mak mintak refer gynea HTAA. 

1st visit to gynea. Dr buat papsmear n scan. Sume keputusan normal. Lepas tu, dr nak ambik tisu di dinding rahim untuk tgk kalau ada apa2 yang tak ok di dalam rahim dan sebetulnya nak cari dari mana datangnya punca bleeding tu, tapi pintu rahim tidak boleh terbuka langsung. Makanya dr pon bagi suggestion kena masuk  OT untuk buat prosedur ni. Kaedahnya, akan dibius, mungkin separuh or mungkin penuh. So, Dr bagi next appointment dengan pakar bius. Semasa kejadian ini semua berlaku, saya hanya diupdate dan mengikuti perkembangan bonda secara terus melalui phone. Dengan anak-anak yang kurang baik kesihatannya, membataskan pergerakan saya untuk pulang ke Kuantan.

So, bila dah jumpa Anest..mak diberi penerangan jelas tentang risiko-risiko bius..kata anest mungkin full bius, atas faktor berat badan mak. So, dah tetap tarikh untuk mak masuk OT. 


Ni kekdahnya spinal..tq again incik google
So, sehari sebelum mak ke OT, saya pulang ke Kuantan, terpaksa meninggalkan Izzah yang demam pada maksu dan abi. Coz ummi takde pilihan. Bonda only have me, and so do I.. Saya pulang untuk teman bonda ke hospital. Anak2 semua tinggal di KL. saya pulang naik bas..fuhhh gentar woo lelama tak naik bas ni... Khamis mak masuk wad, Jumaat buat prosedur ni, and sabtu dah keluar wad. 

Di hari kejadian, ye, saya sangat risau, pasti bonda lebih risau kerana ini kali pertama bonda masuk ke OT. dan kali pertama juga untuk saya menunggu seseorang di luar OT sendirian. ada abah dan tiqah..sendirian means without my hubby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masa prosedur, dr kata ada nampak macam ketumbuhan kecil2 di tepi dinding rahim. So, we are still waiting for the lab results. Doakan bonda saya tiada apa2 ya semua. 

Alhamdulillah..sepanjang di HTAA wad 2B..nurse sume baik2, dr pon baik2 sweet2, handsome2.. syukur saya punya peluang untuk menjaga bonda. moga terus dipinjamkan kesihatan buat saya menjaga bonda dan keluarga saya yang terchenta.


3 comments:

dorsett pink said...

Kesian mak kak widy. Tania doakan dia cepat sembuh k dan sihat seperrti sedia kala

mrs.krie :O) said...

amin..tq tania.. mak k.widy ada kat rumah kak widy ni..

Intanaziela said...

alhamdulillah, ticer tak apa2...