Friday, January 02, 2015

Hello 2015..

Wahh..menginjak kita setahun lagi.. secara tahun masihinya.. Kalo ikut tahun Hijrah kita dah masuk bulan ketiga dah pon. So arini tadi ann datang ambik file kat tempat aku..haa semangat kan kawan aku sejak masuk tahun baru ni.. So dia pon cita pagi tadi ke pagi semalam ntah... dia dok check birthdate mengikut kalender islam untuk dia sekeluarga. Tetiba aku pon macam best je rasa nak buat sama.. Setelah menggoogle dengan menaip kalender masihi ke kalender islam, aku pon jumpa few website yang membantu..ni salah satu daripadanya.. 
http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar
Dan ini adalah hasilnya
  • Mak : 7 Julai 1955 = 16 Zulkaedah 1374, Khamis
  • Abah : 5 Oktober 1959 = 2 Rabiul Akhir 1379, Isnin
  • Ida : 3 Oktober 1981 = 4 Zulhijjah 1401, Sabtu
  • Abang ; 26 September 1980 = 16 Zulkaedah 1400, Jumaat
  • Uzma : 18 Ogos 2009 = 26 Sya'ban 1430, Selasa
  • Izzul : 25 Februari 2011 = 21 Rabiul Awal 1432, Jumaat
  • Izzah : 28 Jun 2013 = 19 Sya'ban 1434, Jumaat

Kita tau, tapi kurang ambik kisah kan pasal bulan Islam ni, so, let me keep it here..Nanti kalau anak-anak tanya n ummi tak ingat leh soh anak2 cari entry pertama ummi 2015. Kebetulan, tarikh islam enchek suami sama dengan bonda saya. Rupa-rupanya abang izzul n izzah lahir sama hari Jumaat ngan abi. Kakak n Izzah jugak kongsi bulan yang sama. yer dek bersalin kedua-duanya di dalam bulan Sya'ban la saya merasa ganti puasa yang panjang..28 hari tahun 2009, dan 10 hari tahun 2013. 

Semoga tahun ini membawa kebaikan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Semoga Allah menetapkan hati kami dalam iman kepadaNYA. 

*wah...dapat update blog di hari pertama kerja...almaklum..rehat ari jumaat kan panjang :O)

2 comments:

dorsett pink said...

Tahniah diatas perkahwinan yang dah mengjangkau usia yang lama.. hehe. Semoga 2015 membawa sinar rezeki dan kebahagiaan yang lebih bersinar buat akak sekeluarga

MamaAdeels said...

ida..lamo nyo x dongar berito..semoga sihat sentiasa..:)