Kebelakangan ni, lagu ini bagai mencuit-cuit hati saya. Mulanya tengok video klip kat Oasis, lepas tu saya cari lagu ni. Nah, liriknya syahdu sangat..
Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang kau tahu
Dari segala inginku
Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang kau tahu
Dari segala pintaku
Kau memiliki diriku
Akulah hamba-Mu
Dan itu kebanggaanku
Aku masih tetap ada di pintu-Mu
Tak ku jemu tak ku lelah tuk menunggu
Kerna segalanya aku sangat inginkan rahmat-Mu
Ku yakin Kau tahu dan itu cukuplah bagiku
Sungguh cukuplah bagiku
Apa yang kau tahu
Dari segalanya aku
Kau memiliki diriku
Akulah hamba-Mu
Dan itu kebanggaanku
Oh Tuhanku
Pintaku hanya pada-Mu
Aku masih tetap ada di pintu-Mu
Tak ku jemu tak ku lelah tuk menunggu
Kerna segalanya aku sangat inginkan rahmat-Mu
Ku yakin Kau tahu dan itu cukup bagiku
Bantulah aku melangkah untuk mendekati-Mu
Selalu tanpa jemu tanpa lelah cinta-Mu
Kerna segalanya aku ingin selalu bersama-Mu
Ku yakin kau tahu dan itu cukuplah bagiku
Thursday, September 17, 2015
Tuesday, September 08, 2015
6-4-2 Fruitheart Of Us
Mari mencuri waktu lunch yang tak keluar lunch ni untuk update blog yang dah bersawang. Lamanya tak update apa-apa cerita dalam blog ni. Dalam banyak-banyak cerita rasanya update yang ni dulu. Nak cerita pasal birthday celebration anak2 untuk tahun ni. Birthday abang Izzul 25 Februari lepas. Masa tu cuti kat Kuantan untuk teman wan g check-up kat hospital, so dah beli dah kek ultraman masa tu. Birthday Izzah 28 Jun, bulan puasa, makanya ummi cuma singgah beli 3 slice kek kat SR je. Satu Izzah dah makan masa sampai rumah petang tu, lagi 2 simpan untuk kakak, ummi, abi n maksu makan masa berbuka.
Birthday kakak pulak 18 Ogos, kene hari sekolah dan bukan bulan puasa. Makanya as per promise, kenelah tempah kek untuk TIGA-TIGA ORANG hokey... tapi deal, hanya kek ye anak2 sebab ummi dah sebulan lebih tidak bergaji. Kek pon uwan sponsor haaa. Mencari dan terus mencari, kat mana nak tempah kek ni. Tanya sana sini. Ada tanya kat satu number ni, dok tengok kat ig kek dia sedap2..so, cuba la nak order, tapi baru jawab sekali, pastu bila dia tanya nak bila, kita jawab, dia diam. So ummi buat kesimpulan, dia sibuk kot hari tu. Malas nak pening-pening kepala. Kenapa ummi tak g cari kek kat kedai biasa? 1. sebab dekat2 area rumah takde kedai kek biasa kecuali SR, 2. sebab permintaan anak-anak nak berbagai2 gambar. Finally ummi tanya cik yus, sepupu dia buat lagi tak kek? Bila dia dah tanya cuzin dia jawapannya ialah YES, but only bake during weekend. So, ummi pon balik kautim dengan kakak, boleh tak celebrate awal sehari birthday kakak. Aunty tu buat kek hujung minggu je.
Kakak dapat 2 set diari berkunci as her wished, tok mama n ciksu bagi yang frozen, ummi bagi yang big heroes, pastu aunty ann lak bagi colouring set frozen. Suka bukan main la kan. Ahad malam kek sampai, ummi n maksu turun ambik terus hantar g sekolah. Princess for kakak, Ultraman Max for abang Izzul n Frozen for Izzah. Bila kawan-kawan saya tanya, memang kene order 3 ke widy? Jawapannya ye, kalo tak sebijik kek tu hancur diorang nak potong bertiga. Sebetulnya takut 1 biji kek tak cukup untuk anak-anak di taska, so apa salahnya kan, order 3 terus, anak-anak taska dapat makan, anak-anak saya pon gembira dapat potong kek sorang sebijik, ummi tumpang gembira sebab uwan belanja :O)
Muhammad Izzulmulhim, wahai sumber inspirasi ummi dan abi, 4 tahun dah abang ada dalam keluarga kita. Abang Izzul, besar harapan ummi agar suatu ketika nanti abang dapat mengimamkan dan menguruskan sendiri jenazah ummi dan abi. Sayang, tanggungjawabmu amat besar, suatu hari nanti abang akan memimpin keluarga abang, abang masih bertanggungjawab pada ummi dan abi. Kakak dan Izzah juga memerlukan abang. Oleh itu wahai anakanda, Ummi doakan abang Izzul agar menjadi anak yang soleh, yang menjaga solatmu, menjadi imanmu, menjadi dirimu agar menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat.
![]() |
My 4 years Muhammad Izzulmulhim |
Wahai Uzma, Izzul dan Izzah, ketahuilah oleh kamu, kegembiraan kamu kebahagiaan ummi dan abi. Kesedihan kamu kedukaan ummi dan abi. Membesarkan kamu bertiga di alaf moden ini sungguh mencabar dan menakutkan ummi sayang. Ummi tidak minta kejayaan menjulang nama ke sana sini, bukan 8A atau 10A, buka 4 flat yang ummi mahukan. Ummi hanya minta..kakak dan izzah, peliharalah auratmua, agar tidak kau campakkan abi dan abang izzul ke neraka kerana tidak mampu memelihara auratmu juga. Buat kesemua kamu, peliharalah solat agar berat neracamu bila ditimbang di hari perhitungan kelak. Tuntutlah ilmu agama sepenuh hatimu, pasti ilmu dunia juga akan menghampirimu. Ingatlah oleh kamu bertiga, dunia ini adalah tempat persinggahan semata-mata sebelum kita kembali ke perkampungan yang kekal abadi kelak. Beramal dan beribadahlah kamu nak, agar kita semua kembali bersatu di dalam syurga kelak.
Ummi dan Abi akan sentiasa mendoakan segala yang baik-baik buat kamu semua sehingga ke akhir hayat kami. Semoga kakak Uzma, abang Izzul dan Izzah akan menjadi anak yang soleh dan solehah, yang beriman kepada 6 rukun iman, yang hidup atas kelima-lima rukun islam. Ummi dan abi sayang korang semua kerana Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)