Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan penuh dugaan
Namun aku tetap aku
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan penuh dugaan
Namun aku tetap aku
Ku cuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Mencapai suria
Walau membakar jiwa walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Derita oh derita engkau dimana-mana
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya
Derita oh derita engkau dimana-mana
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti
Tapi pasti di suatu hari nanti sinar suria kan menjelma
Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti
Tapi pasti di suatu hari nanti sinar suria kan menjelma
Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa walau aku dihina
Namun aku tetap aku
Adakalanya kita tidak mampu menjadi sempurna dimata semua manusia...walaupun kita telah cuba dan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik....namun, tetap ada yang terluka, terguris dan terasa....- ini bunyi bicara saya yang turut terasa lemah dan terluka....
Tapi bila kau terluka, ada kau fikir kemungkinan kau juga pernah melukakan hati sesiapa? pernah kau terfikir diri kau juga tidak sempurna?...-ini bisik kata kepanasan dan kemarahan dihati saya.....
Demi zuriat di dalam kandungan ini, tenanglah kau wahai hati, walau aku tau kau bisa tegak berdiri untuk bergaduh, walau aku tau ketegasan diri bila kau rasa dipersalahkan sedang tidak salah pada diri kau.....aghhhh sudahlah wahida, apa guna dilayan orang sebegitu ragamnya....bisa membuatkan kau juga serendah itu moralnya....KEEP STANDING...KEEP STRONG...n KEEP SMILING....act as nothing happened even i know u're badly hurt inside........rilek sister............cam lagu rilek brader tu :p
2 comments:
Dik, jangan "cuba jadi yang terbaik" nanti awak akan penat sebaliknya "jadilah yang terbaik". Hidup kita ni satu perjalanan yang pastinya pasti ada sesuatu yang dapat dipelajari setiap hari daripada peristiwa yang berlaku yang ke atas kita maupun apa yang orang lain buat kepada kita, atas tujuan untuk menyempurnakan kita. Mendung ke, cerah ke, kita enjoy saja dengan anugerah Tuhan kepada kita :)
tq kak lieya....
Post a Comment