Thursday, July 12, 2012

Buat sekian kalinya...

production drop lagi........dah dua hari Muhammad ke rumah makdah dengan bekalan 3 x 4.5oz sahaja....aduh.....mungkin kesan sampingan ubat sakit telinga yang saya makan? mungkin kesan kepenatan badan yang melampau... mungkin kesan sakit telinga mengganggu kestabilan hormon saya...atau mungkin kerana emosi yang tidak stabil dek pelbagai kacau ganggu yang sedang melanda diri.... wahai nur wahida md aris, berjuanglah kamu demi anakanda tercinta...walau masih belum saya berikan sebarang formula milk buat dia...kerana tiada terlintas di hati saya untuk memulakannya selagi tidak 2 tahun umurnya...... 

air? memang minum banyak pon... supplement? memang dah mula makan pon.... pump? still macam biasa pagi lepas solat subuh, pagi, tengahari dan petang.....namun, hasilnya? masih berkurangan.....saya yakin, ia berkait rapat dengan emosi saya yang kurang stabil minggu ini...dek kepenatan travel, dengan beban kerja yang banyak, badan pula tak sihat....pasti ini segala puncanya.......

Ya Allah Ya Razaq..KAU pinjamkanlah aku nikmat ibu nan satu ini buat kesemua zuriat ku...limpahkan dan mewahkan susuku buat anak-anakku............hanya kepadaMU aku berserah dan berharap............

No comments: