Perjalanan saya bermula 25 Februari 2011..sehingga semalam ia telah berusia satu tahun 4 bulan.... itu perjalanan saya menyusukan Muhammad Izzulmulhim... Perjalanan saya sebagai pengeluar tenusu untuk izzul bermula pada 12 April 2011..dah setahun 2 bulan... bermula dengan simpanan di dalam peti ais di rumah JB, sehingga berpindah ke deep freezer di umah Kluang... beratus pack frozen stock saya.. hari-hari leh rotate in and out... Cabaran yang paling takkan saya lupakan masa kali pertama kena outstation lepas naik kerja...hangkut segala bagai bekas polistrin, merayau cari ais, berhenti pam kat surau rnr.....saya fikirkan itu cabaran saya yang paling getir, rupanya kini sedang datang dugaan yang lagi dahsat..... frozen stock saya tinggal 1 botol...ini disebabkan oleh, ada hari2 yang saya tidak dapat mengumpul 6 botol untuk bekalan izzul di rumah makda, saya terpaksa mengambil frozen stock tanpa mengganti semula... izzul sekarang sekali minum 6oz...adakalanya habis 6 botol, adakalanya 5 botol dan adakalanya 4 botol.....
Sejak kebelakangan ni, production saya agak merudum...adakalanya hanya dapat 3 x 6oz..adamasanya cuma dapat 2 x 6oz....dan arini kesedihan saya berada di kemuncak bila 1st session arini hanya 3oz..2nd session hanya dapat 2 oz....total itu baru sebotol :o( uwaaaa sedihnya saya... kata enchek suami "badan awak penat sangat kot"...mungkin juga bendera merah akan tiba..... walau apa pun puncanya ia benar-benar membuat saya kesedihan dan down :o(..Sebagai jalan penyelesaian jangka masa pendek...petang ini saya akan mencari freshmilk...buat bekalan muhammad dirumah makdah esok... itu pon seandainya tidak dapat mencukupkan 4 x 6oz menjelang pagi esok... kata enchek suami lagi "sulamkan"... baiklah...saya tidak berniat mencari formula milk..sebab it takes time untuk penyesuaian dan keserasian...coz i had it before ngan kakak...from anmum to dulac to lactogen n finally she's suitable with nan pro...so, memandangkan ini hanya short term plan *hendaknya* saya hanya akan bekalkan freshmilk sahaja...sekurang2nya kalo tak abes boleh la makan ngan coco cruch ke cornflakes ke kan :O) tak mau membazir...
Ya Allah, aku redha akan dugaanMU ini Ya Allah...moga dugaan ini akan menjadi kekuatan buat aku menambah semula frozen stock aku...Ya Allah Ya Razaq...KAU limpahkan lah kemewahan rezeki buat kami sekeluarga dalam segala bentuk nikmatMU Ya Allah....aku hanya mampu berdoa dan berserah Ya Allah...Aku hanya mau berikan yang terbaik buat anak-anak Ya Allah....sebagai galang ganti ketiadaan masa ku 8.30pg - 5.30ptg bersama mereka...hanya nikmatMU ini dapat ku bekalkan agar tiap titisan susu yang mengalir di dalam tubuh Muhammad Izzulmulhim itu, mengalir kasih dan sayang ku Ya Allah...Wahai Nur Wahida Binti Md Aris...ummi kepada Nuruzma Khadijah dan Muhammad Izzulmulhim.....kuatlah...tabahlah...demi kedua permata hatimu ini.....Anak-anak, akan ummi ikhtiar berikan yang terbaik buat kamu sehingga ke akhir hayat ummi...ini janji ummi dengan izinNYA....
3 comments:
try habbatussauda. adik den mkn tu utk tambah production.
ooo..ok2..nanti try carik...tapi alhamdulillah....still bertahan tanpa susu lain hari ini :O)
mesti sedih kan? baby arthur dah nak masuk 1 thn. Tpi syl dah start bagi dia FM. start with lactogen. hati ibu kata tak serasi. Ni try ducth lady pulak.
bukan sebab susu ibu tak cukup. tpi ia disebabkan dulu MIL jaga. dia taknak bagi susu ibu. lebih suka bagi FM. nak buat mcmana. tambahan encik somi soh stop susu ibu pelahan2. alasannya. arthur terlalu manja. syl kerap outstation. bayangkanla. sepanjang syl outstation, dia taknak nyusu. asik menangis cari syl. bygkan la.. sedih tau...
Post a Comment