Seperti yang dijanjikan, cik s3 saya telah selamat saya poskan untuk sesi terapi spa nya di histopoint :o)..sian, penat dia, dah setahun berkhidmat, dengan izinNYA dapat juga lah saya menyusukan sepenuhnya Muhammad Izzulmulhim saya dengan bantuan cik s3 ni...Saya pos hari khamis 12.4.12, tapi sampai ke arini, masih belum dapat sebarang panggilan dari histopoint....owh..hati, sila gusar seketika. Mula la cemas tak bertempat, dok mikir, dah sampai ke, belom sampai ke cik s3 saya.. isk, cam hantar anak naik bas ke mana-mana plak tahap risaunya.. Lalu dengan penuh rasa tanda tanya.. saya telah mengklik ke www.citylinkexpress.com.....dan hasilnya AMAT MENGGEMBIRAKAN HATI SAYA..sungguh detail maklumat yang telah saya perolehi.. terima kasih citylink :o) owhh sila jangan tanya kenapa saya tidak menggunakan perkhidmatan pos laju...KENAPA? sebab saya ada kenangan payau, pahit dan masin dengan mereka..2 sijil PENTING saya yang dipos dari orang federal menggunakan pos laju tidak sampai ketangan saya hingga ke hari ini..dan parcel saya pernah dirabik..dirabik ye kawan2...lalu untuk kepentingan ciks3 ni tidak sekali-kali saya sanggup meletakkan sebarang risiko..bayarlah RM 15,janji cik s3 saya selamat sampai ke histopoint.. pas dah check ni, baru saya call histopoint..yup, safely arrived dah, tapi lum service lagi..arini baru nak start service..fuhh, harap2 sumenya ok.....
sementara ketiadaan cik s3 ni, cik mezzo la yang akan berkhidmat untuk saya..so far hasilnya memberangsangkan..penat sket la, tapi berbaloi-baloi :o) Ya Allah, berikan kekuatan semangat untuk aku meneruskan perjalanan menyusukan anak-anak ini, sihatkan tubuh badanku agar dapat menghasilkan susu buat anak2, limpahkan dan meriahkanlah rezeki susu buat anak-anakku, jadikanlah susu ini khasiat terbaik untuk muhammad dan uzma....
soksek soksek : ari jumaat lepas dengar ikim..topiknya adalah berkaitan “Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang shalih yang mendo’akannya”.... kata ustaz, sedekah pertama dari seorang ibu buat anaknya ialah susu...tersenyum seorang diri sambil meleleh air mata saya saat mendengarnya..masa tu on the way ke dobi lepas ambik anak-anak dari umah makdah..setiap titisan susu itu dikira sedekah...owh anak-anak, terimalah sedekah ummi ini seikhlasnya...tidak akan saya sia-siakan peluang bersedekah ini :o)

2 comments:
teruknya pengalaman ko pakai pos laju. harapnya syl takkan hadapi situasi serupa. selama ini kalau syl pos, memang pakai pos laju. oye, ada 1 courier yg teruk. berminggu baru sampai barang. tpi syl lupa la apa nama courier tu. guna khidmat dorang time syl order lampin kain dari member.
ohhhh touching. nak share....
Post a Comment