" macam tak sangka kan, kawin jugak abang dengan awak" ...huk ni la ayat yang saya dengar 4 tahun lepas setelah saya slamat dinikahkan....saya jawab "hai...kawan dah 8 tahun pon tak confident nak kawin ngan kita..sabo je la"... yer, kami berkahwin setelah berkawan selama 8 tahun...bermula kisah di gunung jerai dan akhirnya dinikahkan di surau taman panchor jaya...alhamdulillah masih dikekalkan sehingga hari ini jodoh kami..dah dua orang permata hati saya hadiahkan buat suami :O).... dan ayat yang paling penyentuh hati saya bila sayang kata " biar beribu bidadari datang di syurga nanti, abang tetap carik awak untuk jadi isteri abang di sana"....
syukur sangat..dikurniakan dia yang tenang, yang sabar, yang baik hati, yang pemurah, yang rajin, yang sejuk mata saya memandang, yang kelakar, yang sayangkan saya dan anak2...yang sentiasa buat yang terbaik untuk keluarga kami yang kecil ini.... menyusuri kehidupan rumahtangga berjauhan agak mencabar saya sebagai isteri..yer, saya kerugian 5 hari sebab tidak punya ruang mengumpul pahala seorang isteri yang dapat menjaga suami..cuba untuk menggantikan kekurangan itu di hari sabtu dan ahad..ntah sampai bila kami begini saya tak pasti..namun saya berjauhan demi membantu suami menambah pendapatan keluarga demi membina keluarga ini..
walau kita tidak bertemu setiap hari..walau tidak dapat temankan tidurnya setiap malam..namun kita tetap bersama susah dan senang...kerana apa? kerana DIA datangkan awak sebagai suami terbaik buat ida.....terima kasih sayang...moga Allah sentiasa memberi rahmatNYA buat kita sekeluarga....sungguh ida, uzma dan muhammad sayang awak sangat2.....*terpaling sayang kalo awak adiahkan galaxy tab...hahahaha tau2 ang mesti akan baca aku nya blog kan kan kan? *
No comments:
Post a Comment