Wednesday, February 23, 2011

khabar dari ann_tentang dia dan nurin qaisara.

semalam 22 feb..birthday ann..dah msg dia pepagi..n dia cuma reply tq.. faham benar ragam ann, bila dia rasa bersedia nak share apa2 cerita, she'll definately call me..so let her be.. dalam kul 10.32 my phone ringing..naik nama ann..eh, birthday girl tipon..aku angkat ngan suara ceria..tapi suara nun diseberang sana dalam kesyahduan..yakin aku, ann sedang dalam tangisan.. aku tanya.."dah kenapa orang umor 28 tahun tu suaranya cam nangis tu??"..jawapan ann.."dah tau jangan ar tanya"...(sama spesis cam aku, lagi nangis kalo orang tanya tengah2 nangis)...so senyap seketika memberi dia ruang untuk bertenang..sekalipun aku tetap dengan esakan dia.. bila dah relax sket baru dia cite..apis letak birthday card dalam kete..satu untuk ann@ibu..dan satu lagi untuk ibu.. dan dia bukak yg untuk ibu dulu..apis belikan kad on behalf sara..tu yg buat ann sedih sangat...

tentang sara> walaupun perit untuk ann terima, sedar tak sedar dah 5 bulan berlalu..8 mac nanti genap sara setahun..ann makin sebak bila kenangkan sume tu.. sara secara fizikalnya membesar macam budak sebaya dia, cuma dalam keadaan yang terbaring..sara, bila sedar dia akan buka mata..melilau pandangannya..dan sentiasa mengalirkan air mata..ya allah, hanya KAU yang tahu apa yg sedang sara rasa dan tanggung.. sara pun akan keraskan badan bila dia terjaga..sara boleh gerakkan kepala ke kiri dan kanan..badan pun..cuma sara tak bersuara..setakat ni ann masih bawak sara utk medical check up..ikut doc, takde apa yg dapat diorang bantu..cuma supply sara vitamin.. peralatan utk sara pon ann g ambik kat hospital..

ann> tak tertanggung rasanya nak hadap sume dugaan ni..kalo ann mampu, ann sanggup ambik sume kesakitan yg sedang sra tanggung..dia terlalu kecik untuk diduga..terasa macam banyak perkara nak dipertikaikan..tapi ann redha..ann pasrah walaupun sangat lemah nak terima.. ann tak sanggup tgk sra suffer mcm ni..dalam masa yang sama ann tak kuat nak lepaskan dia pergi..bersulam2 tangisan ann..sambil bercerita..sambil menangis..

aku>ann, bersyukur sebab Allah masih pinjamkan sra buat ann..sekarang ni yang mampu kita buat hanya berdoa..besar pahala buat ann dan apis yang sabar dengan dugaan ni..kak widy faham, memang berat nak ann tanggung dalam usia semuda ann..tapi ann kena ingat Allah tahu ann mampu hadapinya..kitorang kawan2 yg tgk dan tau pun sangat sedih, apatah lagi ann yang tanggung..semua ni qada' dan qadar dariNYA ann..dah tertulis, ini memang bahagian buat sara..dan kita masih belum tau, dimana hikmahnya..

buat kawan-kawan semua, teruskan berdoa agar nurin qaisara cepat sembuh dan dipanjangkan usianya..juga doa buat ann dan apis moga terus tabah dan kuat mengharungi dugaan ini..

No comments: