Wednesday, December 15, 2010

latest update > nurin qaisara

dah dekat sebulan sebenarnya tak dapat khabar tentang sara dari ann..ada try call, tak berjawab..try msg..sekali je ann reply katanya.."banyak nak cite, nanti ann call"..tapi sampai arini takde panggilan.. finally tadi aku msg apis..alhamdulillah apis reply..then aku try call ann, pun berjawab..lama gak sembang..so buat sume kawan2 yang ternanti2 update pasal nurin qaisara...ni dia...

msg dari apis..salam..sara kami dah bawa balik rumah jumaat lepas (15.dis.2010)..dah blh bernafas sendiri..so far sara stable kat umah..

kata ann, sara sekarang kat umah mak dia..siang mak ann jaga..skrg ada kak yang (kakak ann) temankan mak dia, sebab ngah cuti sekolah..malam ann ngan apis akan jaga...

condition sara? sara dah boleh bernafas sendiri...bila tanya sara dah sedar ke ann? ann kata 'bila tido, sara akan tutup mata, bila jaga sara akan buka mata...kalo dipanggil sara akan kalih arah suara tu"..tebukan di trakea sara masih ada...bila sara berkahak, ann perlu buat suction..sara pun dibekalkan ngan 7 jenis ubat..vitamin kata ann..so kena bagi melalui tiub.. susu pun dibagi melalui tiub.. sara still ada appointment ngan hospital..ann dan apis pun cuba perubatan islam..

result 2nd mri sara..doc. kata brain sara dah shrank 50%..and doc kata dah takde harapan..so skrg doc soh ann n apis spend masa sebanyak boleh dengan sara...tapi ann kata, tindakbalas yang sara tunjukkan tak seperti apa yg doc kata..

kata apis pada ann " we hope for the best, but prepare for the worst"..

dan mak ann kata, dia taknak putus harap dan dengar cakap doc....

kalo korang tertanya2 tindakan ann pada babysitter sara....ann kata ann takkan ambik apa pun tindakan didunia

ni...sebab ia takkan mengubah keadaan sara..biar allah yang membalas semuanya..

sebak sebenarnya bila berbual dengan ann..kalo aku yg dengar sedih, pasni ann dan apis jauh lagi sedihnya.. aku hanya mampu kata.."ann, semua ni janji allah buat sara..kalo tidak ditangan babysitter tu, mungkin jadi ditangan ann..ann kene kuat dan terus kuat supaya sara dapat rasakan semangat ann tu..faham, memang berat sangat dugaan ni buat ann dan apis..tapi ingat pasti ada hikmahnya..ann kena ingat, sekurang-kurangnya ann diberi peluang, mengandung, melahirkan, menyusukan dan menjaga sara..teruskan berdoa moga allah meminjamkan sara buat ann dan apis selama mungkin.."

apalah sangat la yang dapat aku katakan selain dari terus memberikan semangat buat ann.. buat semua kawan2...marilah kita terus berdoa..moga nurin qaisara terus diberikan kekuatan dan dipanjangkan umurnya..moga sara dipulihkan dan diberi kesihatan seperti sedia kala..moga sara kembali tersenyum dan bisa menceriakan semula ann dan apis......moga allah memberi kekuatan buat ann dan apis agar terus tabah menempuhi dugaan ni.... teruskan berdoa ye kawan...

ann kem salam pada semua kawan2..dia mintak maaf sebab tak reply msg..dia tak tau nak reply apa dan dia tak berdaya..sebab kehidupan dia dah berubah kebelakangan ni...kata ann..hanya allah yang maha mengetahui segalanya..

No comments: