The last day of 2014, here i am still in the office. Wahh, magic bukan masih di pejabat di saat dan ketika ini.. Why am i still here? Hehehe..saya mengemas ruang kerja saya.. Yup, i'm redecorating my workspace. It's my habbit, to welcome the new year with a new mood, a new deco, a new planner even a new pen... just to encourage my ownself to work harder n better..
|
my new planner |
|
the new look of my workspace |
Alhamdulillah..Allah masih pinjamkan nyawa buat saya meneruskan kehidupan di bumi ini.. Juga masih meminjamkan saya bonda tersayang, suami terchenta dan anak2 saya.. 2014, saya lalui dengan pelbagai warna..ye warna duka dan suka... Kehilangan abah pada 10 Mei memberi tamparan hebat buat saya. Membuatkan saya jatuh terduduk dengan segala macam dugaan dan cabaran dari semua sudut mental dan fizikal. Saya redha, andai itu yang terbaik buat abah. dan saya pasrah dengan segala tentangan hebat dari semua pihak. Segala cerita dan kisah duka ini, saya terima sebagai pengajaran dan pengalaman hidup. Ia membuat saya kenal hati budi manusia yang bernama keluarga.
Pengalaman kerja pulak, tahun ini cabaran hakiki saya untuk pemantauan RT MBSA, RT MPKj dan RKK Taiping. Ye lelah saya dengan ketiga-tiga ini. MBSA di bawa ke JKPo dan JTPK..pengalaman pertama menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan KSU...jantung saya berdebar macam nak terkeluar....Datang pula secara tiba-tiba..perlu menyediakan Coffee Table Book Kota Belud...yang pada mulanya hanya membantu, akhirnya saya terjebak... Sungguh tidak pernah saya duka, kaki saya akan menjejak bumi SAbah...tahun ini sahaja 3 kali pergi. Pengalaman yang tidak mungkin dapat dibeli.
|
tempat indah yang amat Subhanallah |
|
Never cross in my mind i would be here |
|
at the desa dairy farm |
|
Tamu Besar @ Kota Belud |
Dan penutup segala kisah tahun ini, saya dapat bersama-sama dengan keluarga ke LAngkawi.. membalas segala hutang masa bersama anak-anak apabila terlalu banyak outstation tahun ni. Alhamdulillah..tercapai hajat dihati nak bercuti bersama keluarga... Moga peluang ini akan datang lagi di tahun hadapan... Sungguh,. penatnya Allah je yang tahu bila berjalan bersama anak-anak kecil yang 1001 ragamnya, dengan Izzah yang demam tumbuh 4 batang gigi taring..izzul yang terkunci di dalam bilik dan muntah dalam feri dihari balik tika dilambung ombak..dengan kakak yang moody...but syukur, we've made it...
Semoga kedatangan 2015 membawa kebaikan kepada kami semua. Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan keluarga saya. Moga diberi kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNYA, moga dilimpahi rezeki mewah untuk dibelanjakan ke jalan yang diredhaiNYA..moga dipinjamkan kebahagiaan buat kami, moga disatukan hati kami untuk kekal di jalanNYA, moga sentiasa di dalam rahmatNYA. Moga tahun 2015 akan lebih baik dari tahun 2014.
|
My Family Vacation, Finally |