Harini mak ada kelas ngaji ngn ustaz firdaus. Last week mak baca al-baqarah, maybe minggu ni sambung lagi. Nanti petang baru dengar cerita. tapi ni mak share lepas habis kelas tadi. Pesan Ustaz mak :
1. Bila kita berdoa utamakanlah org lain sebelum diri sendiri..sebab kebaikannya akan datang kepada kita gak.
2. Mintalah pada Allah sebab Allah memang suka kepada sesiapa yang meminta-minta kepadaNya.
3. Selalu ingatkn diri kita..apakah yang kita buat mnambahdekatkan diri kita dgn Allah atau semakin jauh.
4. Sentiasa bersyukur .Dengan bersyukur kita yakin Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat kita.
Semoga Allah menetapkan hati kita semua untuk kekal dlm Islam selama-lamanya..menerima ibadah kita..inn shaa Allah
Tq for sharing mak. I love u always and forever.
19/10/2017
Me n My Story
Sharing stories about me, my beloved family, my friends, my work and my life...
Thursday, October 19, 2017
Tanda-tanda Hati Menjadi Keras by Ustaz Elyas Ismail
Bismillahirramirrahim
Jazakillah Yana atas perkongsian. Semoga ia bermanfaat buat semua.
Al-Hadid : 16
"Janganlah kamu menjadi seperti kaum yang terdahulu, hati mereka menjadi keras disebabkan telah lama tidak mendengar peringatan"
Sufian As Sauri (maksud sauri ialah lembu jantan - digelar kerana masuk masjid kaki kiri) menyenaraikan 10 tanda org hatinya keras :
1. Berdo' a untuk diri sendiri dan tidak berdo'a untuk orang tua dan kaum muslimin (lidaina - mak, ayah, kita. lidina - mak, ayah, kita, tok, moyang sume). Islam mengajar kite do'a mendo'akan sesama muslim. Dengan mengucapkan tahniah dpt mengikis perasaan dengki.
2. Dia mmbaca al-quran, pandai tajwid, tetapi dia enggan membaca 100 ayat sehari.
3. Dia masuk ke dalam masjid dan keluar tanpa solat sunat 2 rakaat. Tahiyatul masjid tu menggantikan salam.
4. Melewati kuburan namun tidak mengucapkan salam untuk penghuni kubur. Tidak boleh mendo'akan org kafir.
5. Masuk 1 daerah pada hari Jumaat lalu dia keluar tanpa solat jumaat.
6. Ada ulama' yang turun ke tempatnya, tetapi dia tidak pergi menuntut ilmu. Bencana paling bahaya apabila kita tidak merasa untuk buat kebaikan.
7. 2 orang yang dalam 1 perjalanan, tetapi salah seorangnya tidak menanyakan nama temannya.
8. Dia diundang ke 1 jamuan tetapi dia tidak memenuhi undangan itu. ia merupakan hak muslim sesama muslim.
9. Dia mensia-siakan masa muda tanpa mencari ilmu. Majlis ilmu dihadiri 70 ribu malaikat. Itu menyebabkan sesuatu majlis ilmu itu berkat. Malaikat mendo'akan kita sepanjang kita berada di dalam majlis ilmu itu.
10. Membiarkan jirannya lapar, tidak diberi makan.
- Perkongsian Ustaz Elyas di Surau BW, Menara Takaful Malaysia
28 Muharram 1439, 19.10.2017 -
Jazakillah Yana atas perkongsian. Semoga ia bermanfaat buat semua.
Al-Hadid : 16
"Janganlah kamu menjadi seperti kaum yang terdahulu, hati mereka menjadi keras disebabkan telah lama tidak mendengar peringatan"
Sufian As Sauri (maksud sauri ialah lembu jantan - digelar kerana masuk masjid kaki kiri) menyenaraikan 10 tanda org hatinya keras :
1. Berdo' a untuk diri sendiri dan tidak berdo'a untuk orang tua dan kaum muslimin (lidaina - mak, ayah, kita. lidina - mak, ayah, kita, tok, moyang sume). Islam mengajar kite do'a mendo'akan sesama muslim. Dengan mengucapkan tahniah dpt mengikis perasaan dengki.
2. Dia mmbaca al-quran, pandai tajwid, tetapi dia enggan membaca 100 ayat sehari.
3. Dia masuk ke dalam masjid dan keluar tanpa solat sunat 2 rakaat. Tahiyatul masjid tu menggantikan salam.
4. Melewati kuburan namun tidak mengucapkan salam untuk penghuni kubur. Tidak boleh mendo'akan org kafir.
5. Masuk 1 daerah pada hari Jumaat lalu dia keluar tanpa solat jumaat.
6. Ada ulama' yang turun ke tempatnya, tetapi dia tidak pergi menuntut ilmu. Bencana paling bahaya apabila kita tidak merasa untuk buat kebaikan.
7. 2 orang yang dalam 1 perjalanan, tetapi salah seorangnya tidak menanyakan nama temannya.
8. Dia diundang ke 1 jamuan tetapi dia tidak memenuhi undangan itu. ia merupakan hak muslim sesama muslim.
9. Dia mensia-siakan masa muda tanpa mencari ilmu. Majlis ilmu dihadiri 70 ribu malaikat. Itu menyebabkan sesuatu majlis ilmu itu berkat. Malaikat mendo'akan kita sepanjang kita berada di dalam majlis ilmu itu.
10. Membiarkan jirannya lapar, tidak diberi makan.
Doa Rasulullah Untuk Anas bin Malik
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَهُ (وَأَطِلْ حَيَاتَهُ، وَاعْفِرْلَهُ
“Ya Allah banyakkan hartanya, banyakkan anaknya, berkati segala yang engkau berikan kepadanya (panjangkan umurnya dan ampunkan dosanya).” (HR. Bukhari dan Muslim)
28 Muharram 1439, 19.10.2017 -
Thursday, May 26, 2016
Ada Apa Dengan Taiping?
Bismillahirrahmanirrahim...
Fuhh...dah berabad-abad rasa tak mengupdate blog sendiri..kalo bloggers tegar ni..dah lama rating jatuh.. mujur la blog ni tempat syok-syok sendiri je nak menulis dan nak sharing apa-apa yang suka kan...
Bukan taknak menulis, nak sangat tapinya..kurang berkesempatan..kurang berkeinginan..kurang kerajinan...dan kurang kelapangan masa... ada masa terluang dok syok main tepek-tepek washi tape kat planner..heheh..
Sebetulnya, saya ada kekangan masa dan tekanan kerja yang melampau-lampau.. dek apa? Ye, dek pembentangan laporan penilaian outcome RKK kawasan warisan bandar taiping. Saya takmo cita panjang pasal report tu...kang bunyinya macam report saya lak...tapi saya nak cita behind the scene punya story... kenapa saya dah boleh yakyakyee??? haa sebab selasa lepas dah selamat dibentangkan di peringkat kementerian saya dan dengan jayanya akan dibentang ke peringkat ICU, di JPM pada 11 Ogos 2016 nanti... jadi...sebelum saya kembali berperang menyiapkan laporan dan slide utk ogos nanti...meh ambik kesempatan share cita ni laju... nak cita ngan korang pasal Taiping.. Kitorang mula buat report ni dengan En wan Fauzi masa tahun 2014..bentang JKPO jabatan dis 2015...pastu nak kene bentang kementerian patotnya bulan mac 2016..tp posponed ke Mei 2016.. apakah natijahnya pengposponan itu? Ye, saya perlu mencari data-data tambahan, dek kelapukan data dalam laporan itu yang disediakan 2 tahun yang lalu..maka ia telah memaksa saya untuk ke Taiping dan taiping dan taiping lagi dan lagi..sehingga lah last trip was on 10th n 11th april aritu..site visit bersama TKP dan team taskforce kami... banyak perubahan taiping dari tahun 2014 ke 2016...almaklum...saya pegi tetiap tahun...lagi kerap g taiping dari balik kampung sendiri tau... Jom tgk gambar....
Ni keunikan utama di Taiping.. Pokok ni berusia lebih dari 125 tahun dan bernilai dari 100k ke 1m.. it's samanea saman or pokok hujan-hujan. |
Ini depan bangunan Gelleria.. kedai makan sebelah sign board taiping tu sedap2 gak masakan dia.. |
Tumpang berteduh kat Luv tu.... masa site visit aritu..luv ni ada kat dataran warisan..di belah belakang warna biru.. |
haaa ni dari depan..warna merah... |
ni bos saya sekarang... merangkap ex bos kepada 2 bff saya..bos ann masa di bpw..& bos syl masa di upp..dan jiran bff saya masidah... kuat connection ngan 'puan wani' ni :O) |
ok...aci tak kalo tumpang sempitkan entry ngan gambar saya gak..hehe...lama dah tak masuk gambar sendiri kan...tapi semua ni gambar kat taiping tauuuuu...
1st time n i'm in luv... hotel dia cantik...bilik cantik..tp agak sempit...nak solat pon ngamngam soi je utk sang gebus seperti saya.. |
Saya sukaaaaa tune hotel... |
Posing pepuas memandangkan this might be the 1st n last time ever saya naik ke atas ni... |
tadaaaa...i luv this picture the most... |
orite....tu je cerita utk taiping...Ada Apa Dengan Taiping? Macam-maca ada.. kalo nak g berjalan-jalan bawak anak-anak bercuti boleh la bawak.. best tempat dia..banyak aktiviti...leh g zoo..petang2 leh kayuh basikal kat taman tasik.. leh g jenjalan heritage trail...leh g daiso best kat aeon...opppssss...hahahahaha....port baru lepak bila g taiping... cumanya...nak ingatkan 2 perkara untuk sesiapa yang hendak ke Taiping...1. weekend sangat jem...2.tolong sentiasa sediakan payung..kerana ia merupakan tempat paling lembab di Malaysia (zaman-zaman belajar geografi yang tak berapa pandai dulu)...dari pengalaman saya pon...memang jarang kitorang g sana x hujan hari-hari..setiap hari pasti hujan..sampai pengarah saya argue..kenapa gambar yang kitorang ambik semua gelap...ye snap gambor masa mendung..camne ke tak gelap pulak kan...
eh tapi ni saya bercerita tentang Bandar Taiping je tau.. lain-lain tempat kat tepeng ada mee udang kuala sepetang..ada dolphin pink kat kuala sepetang (saya pon lom dapat tgk)....
haaa tu je... punyalah lama nak mengarang seentry... camne nak buat 5 entry sehari ni...hahahah besar hajat ko eh wahida....mengambil mood ada apa dengan cinta 2 yang lom kesampaian nak ditonton ni..saya namakanlah entry saya dengan Ada Apa Dengan Taiping....pon boleeeehhhh..heheh
Wednesday, March 02, 2016
1st touch for 2016.
Assalammualaikum.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Dah mencecah bulan ke3 2016, baru post pertama..ish..ish..ish..bz bebenor gamaknya tuan empunya blog ni ye...hehehe
Banyak sangat cerita nak share..tapi kesuntukan dan kekangan masa, membuatkan saya jarang mengambil kesempatan menarikan jari jemari gebus ahkak ni di atas keyboard ni.. Teringin, tapi terpaksa ditangguhkan. Sehingga petang ini, di saat pejabat telah sunyi dan sepi..taip jap laju2 sebelum balik nak tunggu kakak Uzma.
Life update ? Alhamdulillah, hujung tahun lepas saya dijemputNYA..menjejakkan kaki ke Kota Madinah dan Mekah yang seperti mimpi jadi nyata.. lebih bermakna bila bersama-sama bonda dan 18 orang lagi family..maklong, maktam, aunty, uncle, makngah, pakngah, pakteh, pakcu uwan, atok, wanalang, toklang, ayip, imran, fahmi, dayana, danial, fara..(ada rezeki nanti saya share kisah umrah ni ye)
Me n mom |
Rindunya moment ini. patotlah setiap yang pernah pergi pasti ingin pergi lagi dan lagi. Semoga ada rezeki saya menjadi tetamuNYA lagi bersama suami dan anak-anak pula.
Kenangan paling indah 2015 |
Kisah kami sekeluarga? Alhamdulillah.. berat sikit sejak enchek suami outstation 2 tahun ni...hehehe...ye saya penat sangat..syukur ada diksyah peneman dirumah...
The other half of me |
Cite anak-anak...kakak uzma dah darjah 1...alhamdulillah..kakak dapat masuk kelas 1 Abu Bakar untuk sekolah agama dan 1 Mawar untuk SK Bangsar.. Kesian ummi tengok kakak berpenat-penat sekolah seharian, tapi takpe kakak, jihad namanya...nanti cite pasal kakak uzma sorang plak...
wahida jr. she is so me |
Abang Izzul? Dah 5 tahun, alhamdulillah, 25 Feb yang lalu.. lom sempat wat birthday celebration lagi..ummi dok cari orang wat kek lagi :O) Abang Izzul dah mula solat. Walaupon cara dia..harap2 by the time he's 7 dah leh solat dengan baik.
My handsome boy |
And this little chicky girl... makin cerdik n makin kuat nyakat abang n kakak dia... Dah makin banyak verbs and panjang akalnya.. |
Izzah yang chumil |
Ok. itu je yang sempat share for today. In sha Allah, ada kelapangan nanti saya menaip lagi... dok nak share pasal planner...bertahun2 dah tak tulis2 lagi pasal planner sejak2 menjebakkan diri dalam #planneraddictmalaysia ni..heheh.. Till c u again, my dearest blog.. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga dan semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)