Wednesday, January 28, 2015

Self Upgrading.

Bismilahhirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan saya nyawa sehingga hari ini.
Banyaknya cerita nak share..tapi tak tershare.
Awal tahun yang hectic..

Erm, sepintas lalu kisah saya sejak mulanya awal 2015.
Kejutan awal dengan khabar pertukaran post kami di Jabatan.
Syukurnya, nama saya tidak naik untuk pertukaran kali ini.. Syl pon selamat jugak kali ni..Syukur jugak lily yang mintak tukar dari Alor Gajah dapat balik ke KL.. syukur Lin dapat tukar posting dari State Perak ke MPAJ..
TETAPI...best buddy cum teman hoora hooray saya akan berpindah ke KWP..
Yup..Ann kene keluar.. aduh..saat khabar itu saya terima, keadaan agak sepi dan kelam seketika..
Terduduk juga..khabar itu lebih menyedihkan saya daripada kegembiraan saya tidak berpindah..
Tapi pasti itu yang terbaik buat dia pada masa ini.. so kami redha.. walaupun dia cuma ke Putrajaya, tapi berlainan kementerian sudah tentu menjauhkan kami serba sedikit..cumanya..kami masih bekerja di kawasan 'wilayah'..so cuti am kami adalah sama....so, masih boleh mencari ruang dan peluang untuk jumpa..hehehe...

Di ofis jugak dah start dengan 1001 mesyuarat, sampai boleh dikatakan hari-hari ada mesyuarat. Naik letih sebenarnya mesyuarat ni. Tapi nak buat macamana kan, SYMP.

Dugaan di awal tahun jugak, last Friday, mak perlu masuk OT untuk buat hysteroscopy. Nanti saya update satu entry pasal tu eh *tak janji bila eh*.. Saya balik ke Kuantan rabu petang, meninggalkan anak2 saya yang tidak sihat bersama abi mereka.

Ok..back to the stroy. Ceritanya pasal lain, intronya panjang kan mahinn.. Its all about self upgrading.
Usia yang semakin bertambah angka.. Badan pon yang kerap menurun tahap kesihatannya.. Maka, perlulah saya mengambil peluang 5 yang ada ini sebelum datangnya malaikat maut mencabut nyawa saya. Sejak mengandung Izzah, saya mula membaca al-quran bersama tafsirnya. Keinginan itu datang atas dasar bersalah kerana kerap menghabiskan buku cerita..tetapi tak pernah pulak nak baca al-quran berserta terjemahannya sampai habis kan.. So, i make it wajib for me, satu hari dua muka surat. Ye masa sekolah rendah dah khatam dah. Tapi masa tu khatam membaca al-quran tanpa tafsirnya sahaja. Alhamdulillah, dah khatam saya membaca al-quran dan tafsirnya pusingan pertama. Seronoknya macam budak-budak kecik khatam. Bila baca bersama tafsir ni lah, saya jumpa ayat-ayat dan d0a-doa yang kerap dibaca. Saya suke dan saya sedih sebenarnya. Suke sebab dapat tambah ilmu.. sedih sebab rasa macam dah tua baru nak baca kan.. Moga Allah ampunkan kekhilafan dan dosa kelekaan saya selama ini.

Plus, sekarang saya join satu group "Saham Akhirat".. Kami baca satu juz satu hari secara berkumpulan. Tq Kak Hus, ajak saya masuk dalam group ni. Objektif kumpulan ni ialah membaca al-quran setiap hari. Siapa ahli-ahlinya? Dalam group saya ni Ibu Ngaji saya kak hus.. ada family kak hus, ada kawan-kawan kak hus, ada kawan-kawan ofis saya juga ada mak dan bff cum cuzin saya. Kaedahnya. Melalui whatsapp setiap hari Kak hus/ Kak kina akan bahagi2kan muka surat masing2. sapa dah ngaji boleh update dalam group tu. Sapa yang offline (ABC..Allah Bagi Cuti) member2 leh tolong baca, dan kita baca tafsirnya. Sungguh seronok. Kalo saya, yaya dan mak..selalunya kalau kami tak sempat atau tak sihat..kami akan tolong sesama kami. dan bila datang minggu ini..saya dan yaya ABC, mak saya tak sihat lagi..alhamdulillah Allah bagi saya zura dan ray untuk coverkan part kami. So, dalam sebulan kami khatam.. Akan mula round seterusnya. Saya dah masuk round ke 3 untuk khatam dengan group ini. Moga Allah sihatkan kami dan meningkatkan ukhwah kami untuk terus istiqomah dalam menambah saham untuk bekalan ke sana nanti.

So sekarang saya buat macam ni. Lepas solat subuh saya akan ngaji untuk saham akhirat. Lepas maghrib sementara menunggu isya' saya ngaji untuk personal. 1 mukasurat untuk saham akhirat, 2 muka surat untuk personal.. Adalah tiga muka surat sehari. Alhamdulillah.

Maafkan saya, entri ini bosan tanpa gambar. tak sempat nak upload gambar pon.Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat yang membaca.

Friday, January 02, 2015

Hello 2015..

Wahh..menginjak kita setahun lagi.. secara tahun masihinya.. Kalo ikut tahun Hijrah kita dah masuk bulan ketiga dah pon. So arini tadi ann datang ambik file kat tempat aku..haa semangat kan kawan aku sejak masuk tahun baru ni.. So dia pon cita pagi tadi ke pagi semalam ntah... dia dok check birthdate mengikut kalender islam untuk dia sekeluarga. Tetiba aku pon macam best je rasa nak buat sama.. Setelah menggoogle dengan menaip kalender masihi ke kalender islam, aku pon jumpa few website yang membantu..ni salah satu daripadanya.. 
http://www.religious-affairs.gov.bn/?tpl=th003_calendar
Dan ini adalah hasilnya
  • Mak : 7 Julai 1955 = 16 Zulkaedah 1374, Khamis
  • Abah : 5 Oktober 1959 = 2 Rabiul Akhir 1379, Isnin
  • Ida : 3 Oktober 1981 = 4 Zulhijjah 1401, Sabtu
  • Abang ; 26 September 1980 = 16 Zulkaedah 1400, Jumaat
  • Uzma : 18 Ogos 2009 = 26 Sya'ban 1430, Selasa
  • Izzul : 25 Februari 2011 = 21 Rabiul Awal 1432, Jumaat
  • Izzah : 28 Jun 2013 = 19 Sya'ban 1434, Jumaat

Kita tau, tapi kurang ambik kisah kan pasal bulan Islam ni, so, let me keep it here..Nanti kalau anak-anak tanya n ummi tak ingat leh soh anak2 cari entry pertama ummi 2015. Kebetulan, tarikh islam enchek suami sama dengan bonda saya. Rupa-rupanya abang izzul n izzah lahir sama hari Jumaat ngan abi. Kakak n Izzah jugak kongsi bulan yang sama. yer dek bersalin kedua-duanya di dalam bulan Sya'ban la saya merasa ganti puasa yang panjang..28 hari tahun 2009, dan 10 hari tahun 2013. 

Semoga tahun ini membawa kebaikan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Semoga Allah menetapkan hati kami dalam iman kepadaNYA. 

*wah...dapat update blog di hari pertama kerja...almaklum..rehat ari jumaat kan panjang :O)