Friday, April 27, 2012

Jatuh Cinta....

Lately ni terjatuh cinta secara tidak sengaja..dengan siapa? bukan..bukan jatuh cinta dengan orang..sudah tentu kerana saya sudah punya chenta hati....tapi saya jatuh cinta dengan....
  1. Lagu-lagu opick..lirik-liriknya mengagungkan DIA yang satu..syahdu..berdesup ke dalam hati setiap kali mendengar lagu-lagunya;
  2. Dengan tv al-hijrah..especially pengisian sebelum dan selepas setiap kali waktu azan.. fattabouni, kalau bainana (ni kakaknya sebut) - siaran-siaran ini menceritakan tentang Rasullullah SAW..semakin sebak diri saya tiap kali menonton siaran ini..dah tentu siaran ustaz don jua..assammualaikum...boleh dikatakan siaran pilihan la jadinya;
  3. Siaran Khulafah Al-rasyidin di astro oasis - mengisahkan tentang sahabat-sahabat Rasulullah SAW..ceteknya pengetahuan saya rupanya selama hampir 31tahun dipinjamkan kedunia ini;
  4. Majalah IMAN..kandungannya..meruntun naluri saya...saya suke..sangat suke anak isi kandungannya...i'm trying to find the 1st edition...i've 2nd n 3rd edition..menarik kolum-kolumnya..sangat informatif...
Mungkin faktor umur, namun moga rasa ini KAU kekalkan dalam diriku Ya Allah.....

~ soksek soksek *satu ruang telah terbuka..saya sedang berusaha untuk mengisi ruang itu..andai ini rezeki buat saya, moga dipermudahkan segala urusan saya ke arahnya* ~

Friday, April 20, 2012

SETELAH TIGA HARI.....

Setelah tiga hari kena bangun awal pagi, arini leh bangun seperti biasa semula..
Setelah tiga hari bergegas-gegas bersiap di pagi hari, arini bersiap dalam keadaan sambil lewa..
Setelah tiga hari mendukung kakak yang masih tidor, arini kakak dah bangun dan jalan sendiri masuk kereta..
Setelah tiga hari lepas anta bebudak ke umah makdah, terpaksa pecut kete lelaju, arini leh bawak kete relax2 je..
Setelah tiga hari disimpang itu aku ke kanan, arini aku kembali membelok ke kiri..
Setelah tiga hari berebut-rebut parking, arini kembali berjiran ngan si putih altis itu..
Setelah tiga hari mengadap muka baru, arini kembali tersenyum bersama mereka diopis..
Setelah tiga hari dok mengurus dengan setianya disana, arini kembali bersibukan di bilik ini..
Setelah tiga hari makan minum sume disediakan, arini kembali pepandai mencari makan..
Setelah tiga hari melalui jalan ladang rumput yang indah itu, arini kembali melalui laluan berbangunan sahaja..
Setelah tiga hari dok dengar perkataan SPR itu, arini kembali mendengar perkataan OSC..

DAN SETELAH TIGA HARI ITULAH.....
yang pada asalnya saya dipaksa terima, kini saya terima dengan sepenuh keikhlasan dan kerelaan..
yang pada asalnya tiada langsung minat saya, kini minat itu mula bercambah dihati..
yang pada asalnya saya anggap diluar tanggungjawab saya, kini saya pikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah..
yang pada asalnya membuat saya menangis, kini ia menjadikan saya semakin kuat dan tabah..
yang pada asalnya saya terima dengan hati berdarah, kini saya terima dengan hati yang terbuka..
yang pada asalnya saya rasa tidak mampu untuk melakukannya, kini sedang saya lalui semampunya..
yang pada asalnya saya takut untuk tempuhi, kini sedang saya tempuhi sedikit demi sedikit..
yang pada asalnya tidak saya endahkan perlantikan itu, kini saya sedar ia amanahMU..

Ya Allah Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menyayangi..Aku terima amanahmu ini dengan keterbukaan hati, KAU permudahkanlah setiap urusan aku Ya Allah, KAU berikanlah kefahaman yang tinggi buatku Ya Allah, KAU bimbinglah aku di dalam setiap langkahku Ya Allah, KAU bantulah aku dalam setiap kebuntuanku Ya Allah, KAU jadikanlah setiap sesuatu yang aku lakukakan ini sebagai satu ibadah Ya Allah.. Laillahaillaantasubhanakainniquntuminazzolimin....

Monday, April 16, 2012

dag dig dug....

Seperti yang dijanjikan, cik s3 saya telah selamat saya poskan untuk sesi terapi spa nya di histopoint :o)..sian, penat dia, dah setahun berkhidmat, dengan izinNYA dapat juga lah saya menyusukan sepenuhnya Muhammad Izzulmulhim saya dengan bantuan cik s3 ni...Saya pos hari khamis 12.4.12, tapi sampai ke arini, masih belum dapat sebarang panggilan dari histopoint....owh..hati, sila gusar seketika. Mula la cemas tak bertempat, dok mikir, dah sampai ke, belom sampai ke cik s3 saya.. isk, cam hantar anak naik bas ke mana-mana plak tahap risaunya.. Lalu dengan penuh rasa tanda tanya.. saya telah mengklik ke www.citylinkexpress.com.....dan hasilnya AMAT MENGGEMBIRAKAN HATI SAYA..sungguh detail maklumat yang telah saya perolehi.. terima kasih citylink :o) owhh sila jangan tanya kenapa saya tidak menggunakan perkhidmatan pos laju...KENAPA? sebab saya ada kenangan payau, pahit dan masin dengan mereka..2 sijil PENTING saya yang dipos dari orang federal menggunakan pos laju tidak sampai ketangan saya hingga ke hari ini..dan parcel saya pernah dirabik..dirabik ye kawan2...lalu untuk kepentingan ciks3 ni tidak sekali-kali saya sanggup meletakkan sebarang risiko..bayarlah RM 15,janji cik s3 saya selamat sampai ke histopoint.. pas dah check ni, baru saya call histopoint..yup, safely arrived dah, tapi lum service lagi..arini baru nak start service..fuhh, harap2 sumenya ok.....

sementara ketiadaan cik s3 ni, cik mezzo la yang akan berkhidmat untuk saya..so far hasilnya memberangsangkan..penat sket la, tapi berbaloi-baloi :o)
Ya Allah, berikan kekuatan semangat untuk aku meneruskan perjalanan menyusukan anak-anak ini, sihatkan tubuh badanku agar dapat menghasilkan susu buat anak2, limpahkan dan meriahkanlah rezeki susu buat anak-anakku, jadikanlah susu ini khasiat terbaik untuk muhammad dan uzma....

soksek soksek : ari jumaat lepas dengar ikim..topiknya adalah berkaitan “Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang shalih yang mendo’akannya”.... kata ustaz, sedekah pertama dari seorang ibu buat anaknya ialah susu...tersenyum seorang diri sambil meleleh air mata saya saat mendengarnya..masa tu on the way ke dobi lepas ambik anak-anak dari umah makdah..setiap titisan susu itu dikira sedekah...owh anak-anak, terimalah sedekah ummi ini seikhlasnya...tidak akan saya sia-siakan peluang bersedekah ini :o)



Tuesday, April 10, 2012

Kerna Terpaksa...




Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tibuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua





Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu



lagu ini ditujukan khas buat cik unimom mezzo dari cik s3 ... dengan ucapan... "tolong berkhidmat sebaik aku berkhidmat sepanjang ketiadaan aku ye mezzo....walaupun aku terasa hati bila ko ada, lalu aku sekadar dipinggiran, tapi aku tau, ini semua demi yang terbaik buat Muhammad Izzulmulhim :0)"

khamis ini, 12 april 2012, genap setahun cik spectra 3 berkhidmat dengan saya :0)..sempena ulangtahun pertama ini, saya menghadiahkan spa buat cik s3 ini...yer..saya nak anto dia g service...kiranya cam upah g spa la kan..urut2 sket, adjust2 sana sini sket :o) sebagai preparation sebelum menghantar cik s3 tu, berbolak balik jugak hati pada mulanya sama ada nak mencari ganti yang baru atau menyewa atau meminjam atau apa lagi cara yang ada supaya saya boleh memproduce keperluan muhammad izzulmulhim seperti biasa...yer, saya boleh bermarmet, cuma saya standby...kekalau tak sempat nak bermarmet, adalah plan b nya... makanya keputusan saya ialah memilih cik mezzo...ni sume berdasarkan bacaan dari geng2 KIM yang kata its ok.. ada few pilihan jugak asalnya sama ada harmony, avent, mam...tapi dalam banyak2 tu..cik mezzo ni ler yang paling murah..saya dapat dengan harga 100.30 :o)..

alhamdulillah... pada mulanya saya ngan atikah mengunder estimate cik mezzo ni..'eee..macam loose je ni kak'..'a ah kan dik, isk mau ke ni'....syukur..1st prodoction cik mezzo dah dapat 20oz.... so pas cik s3 dah balik dari spa nanti, leh la saya bekerja dia kedua2 tempat rumah dan ofis..cik s3 tinggal kat opis, cik mezzo dok umah.. saya perlu meningkatkan produktiviti memandangkan dak muhammad izzulmulhim memerlukan bekalan 25-36 oz sehari... stock tinggal 30 pack pelbagai isipadu.. sekarang ni asik ambik stock tapi tak refiil....aduh...moga Allah terus menguatkan semangat saya, menyihatkan badan saya, dan mempermudahkan urusan perjalanan saya sebagai seorang breastfeeder tegar ini :o)